SEORANG kanak-kanak perempuan nyaris menjadi mangsa rogol ketika sedang menunaikan solat Subuh berjemaah di sebuah masjid di Batang Kali pada pagi Jumaat. Insiden berkenaan kecoh diperkatakan di Facebook selepas dikongsikan beberapa pelayar di laman sosial berkenaan.    “Kejadian waktu solat Subuh (21 Februari) di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali. “Cubaan merogol ke atas kanak-kanak perempuan di dalam kawasan masjid. Tolong sebarkan seluasnya supaya pelaku cepat ditangkap,” demikian tulis pemilik akaun @azmisaberi di Facebook.

Bersama hantarannya, pelayar berkenaan turut memuat naik beberapa keping gambar pelaku dan video insiden tersebut yang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan. Menerusi paparan masa pada video, kejadian berlaku sekitar pukul 6.40 pagi. Dalam video yang dikongsikan, kelihatan pelaku yang memakai baju berwarna kuning dan berkopiah mengintai di sebalik pintu gelongsor (sliding door) pada ruangan solat jemaah perempuan dan menunggu Waktu sesuai sebelum bertindak. Ketika jemaah sedang sujud, pelaku berkenaan dengan pantas mengangkat mangsa yang solat bersendirian di saf kedua jemaah wanita.

Mangsa dibawa ke ruangan lain di masjid berkenaan sebelum dicabul. Mangsa turut dilihat cuba menghalang perbuatan pelaku yang menyeluk tangan ke dalam seluarnya. Bagaimanapun, pelaku bertindak menghentikan perbuatannya dan kemudian melarikan diri meninggalkan mangsa. Perkongsian berkenaan meraih ribuan share dan komen netizen yang rata-ratanya tidak dapat menahan rasa marah dan menggesa pihak berkuasa segera menangkap pelaku.

Polis menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid sekitar kawasan Batang Kali, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung video yang tular di laman sosial, jam 8.19 pagi. “Suspek berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok untuk dipohon reman.

Related Posts