Atuk pergi dulu cu. Anak Sempat Buat Video Call Di Akhir² Hayat

TIGA tahun dia menantikan kehadiran cucu sulung, namun siapa sangka trip penghantaran barang ke Pahang kali ini merupakan ‘perjalanan terakhirnya’.

Ia di mana selepas itu dia merancang untuk singgah ke Kedah bertemu dengan buah hati barunya itu.

Tanpa dapat menunaikan apa yang dihajatkan, ajalnya tiba terlebih dahulu.

“Allahuakbar luluh hati kami tengok video ni ayah, Allah lebih sayangkan ayah, ayah tak sempat nak mai tengok cucu ayah.

Ayah nak sangat cucu perempuan.. penantian cucu almost tiga tahun,” tulis Nurul Najiha Borhan, 26, dalam video yang dikongsikan di akaun TikToknya.

Berkongsi kisahnya dengan mStar, Najiha yang menetap di Gurun, Kedah berkata, bapa mentuanya Nazli Misnon, 56, sedang dalam perjalanan ke Raub, Pahang.

Ini apabila lori yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam gaung setinggi 30 meter.

Nazli serta seorang lagi individu lain yang turut berada dalam lori terbabit gagal diselamatkan.

“Kejadian berlaku pada 2 September dalam pukul 3.30 petang, kami dapat panggilan telefon daripada makcik tapi dah lewat petang juga masa tu, dia yang maklumkan mengenai kemalangan tersebut.

“Ayah berasal dari Sungai Air Tawar, Selangor, kejadian tu berlaku dekat Bentong, Pahang, masa tu ayah dari kilang di Sungai Air Tawar nak ke Raub, Pahang hantar baja.

“Kalau tak silap jalan tu macam turun bukit kemudian ada selekoh, lori ayah bawa muatan berat.

Masa turun bukit tu brek tak berfungsi jadi terus terjun gaung 30 meter,” ceritanya.

kami dapat panggilan telefon daripada makcik tapi

            

Najiha turut berkongsi video rakaman dashboard cam yang diperolehi daripada lori yang dipandu bapa mertuanya itu.

“Ada yang cakap ayah bawa laju, tak ada turun bukit orang nak bawa laju.

Suami saya ada beritahu arwah sempat maklumkan pada bomba yang brek tak berfungsi, dari video pun nampak lampu brek menyala, dia tekan brek tapi brek tak berfungsi.

“Bila turun bukit dengan muatan berat dekat belakang memang automatik lori akan jadi laju, tambah-tambah bila brek tak berfungsi,” katanya.

kami dapat panggilan telefon daripada makcik tapi

Nazli (kanan) bersama anak-anak, Najiha (dua, kanan).

Menurut Najiha, selepas kemalangan, bapa mentuanya dikatakan masih berada dalam keadaan sedar.

“Lepas kemalangan tu mentua saya ada lagi, dia minta tolong orang perbetulkan punggung dia bagi lurus.

“Masa bomba sampai nak bawa naik masa tu mentua saya dah senyap,” kongsinya.

kami dapat panggilan telefon daripada makcik tapi

Najiha mendukung anaknya yang juga merupakan cucu sulung Nazli yang ditunggunya selama tiga tahun.

Menurut Najiha dia sedikit terkilan kerana bapa mentuanya itu tidak sempat untuk berjumpa dengan cucu sulung yang berusia hampir tiga bulan.

“Sebelum kejadian suami saya ada video call dia tunjuk cucu tapi arwah tak sempat nak dukung, lepas trip ke Pahang tu dia ada cakap nak datang Kedah tengok cucu tapi tak kesampaian.

“Ni kira cucu sulung dia, kami berkahwin almost tiga tahun ni baru ada rezeki,” katanya.

Menurut Najiha arwah mempunyai tiga anak lelaki, seorang daripadanya telah meninggal dunia juga akibat kemalangan jalan raya manakala anak bongsunya kelainan upaya.

mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.