persoalan sama ada dayah(istri arwh abam) pergi melawat arwah mertua haritu dah terjawab di Melodi tadi

[VIDEO] Dituduh Tak Beri Nafkah Kepada Anak Saudara, Ali Puteh Dedah Puncanya

Seperti diketahui ramai, giliran ibu kepada Ali Puteh pula telah menyusul pulang ke rahmatullah susulan masalah buah pinggang pada hujung bulan September lalu. Fasa tersebut sememangnya bukan mudah bagi pelawak berkenaan, susulan pemergian abang serta anak kandungnya pada tahun lepas.

Menerusi rancangan Melodi sebentar tadi, Ali Puteh akui bahawa bondanya langsung tidak bersemuka dengan balu Abam mahupun cucunya,

Sebulan sebelum ‘pergi’, Allahyarhamah ibunya sendiri meluahkan reda dan tidak kisah mengenai perkara tersebut. Sehinggakan Allahyarham Abam dianggap tidak tinggalkan zuriat demi menghilangkan rasa rindu,

sebaliknya titipkan doa saja kepada 2 beranak tersebut. Dituduh tak beri nafkah anak saudara…urusan mahkamah belum selesai (minit 2:10) Mengulas tentang tuduhan isu tidak memberi nafkah kepada anak saudaranya, Ali menjelaskan bahawa netizen di faham situasi yang dilaluinya. Dia turut

mendedahkan bahawa urusan mereka di mahkamah sebenarnya belum selesai. Justeru, pelawak ini mengambil pendekatan tidak terlalu ‘melayan’ komen netizen, sebaliknya tunggu keputusan mahkamah sahaja. Maaf yang itu Dayah tak dapat jawab (minit 3:50)

Dalam pada itu, Nor Hidayah bersama anaknya turut ditemu bual susulan berita pemergian ibu mentuanya. Namun begitu, dia tidak mahu mengulas sebarang perkara mengenai pihak keluarga ‘sebelah sana’. Sebaliknya, cuma berkongsi perkembangan Syed Uthman Hamzah yang sudah pandai membaca pada usia 2 tahun kini. Sumber:viralnewsupdate

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.