video padu intan tapi ada org s3nt4p?

Pengguna aplikasi TikTok pasti menyedari bahawa ada satu konten yang tengah viral di media sosial berkenaan bertanyakan tentang sama ada seseorang yang dikenali kita ‘lemah’ ataupun tidak dengan gaya seakan mencabar.

Ia mula viral setelah seorang TikToker Muslimah viral susulan mengeluarkan kenyataan wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna digelar ‘lemah’ sehingga mendapat kecaman ramai.

Ikut trend TikTok

Kali ini, seorang infleuncer yang juga bekas madu pelakon terkenal Izreen Azminda iaitu Intan Saleh atau nama sebenarnya Intan Liana Salleh turut membuat video tersebut dan memuat naiknya ke TikTok.

Video Player

“Kau cantik? Rampas hak orang tak? Rampas? Lemah!” katanya mengikuti konten yang tengah trend sekarang.
Ada pula yang bitter
Walau bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan konten yang dibuat Intan Saleh itu dan mengaitkan semula dengan kisah rumah tangganya yang pernah tular satu ketika dahulu.

Ibu tunggal tersebut juga menjawab dengan baik bahawa apa yang dilakukan sekadar suka-suka dan bertanyakan kembali siapa yang meminta maaf ketika siaran Melodi tempoh hari sama ada dirinya ataupun bekas madu.

Video Player

Tak hanya itu, Intan juga turut ‘dihentam’ lagi dengan komen netizen yang membuat andaian jika pihak ‘sana’ membalas pula konten tersebut apakah tindakannya pula.

Malas hendak bertekak dengan netizen yang asyik mencari silapnya, dia hanya memaklumkan tidak terfikir seperti yang dinyatakan dan hanya mengikuti trend semasa membuat konten TikTok untuk suka-suka seperti orang lain.

Video Player


Memaafkan tu mudah, melupakan tu yang susah
Menjengah keruangan komen pula, ramai yang lebih berpihak kepada Intan kerana apa yang diperkatakannya sama sekali tidak salah dan dia yang melalui hal tersebut.

Netizen juga merasakan ayat tersebut memang sesuai ditujukan kepada perampas kerana menganggu rumah tangga seseorang adalah satu perkara tidak baik lebih-lebih lagi sesama wanita.

“Win! Bukan setakat lemah je, tapi…”

Ayat memang padu!

Konten je, jangan la bitter

Kalau belum kena jangan banyak bunyi

Sumber: TikTok @intanroxssaleh thanks oh my media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.