terima kasih kerana mengh1n4 dan menc4c1 saya… Bad Indigo

Bad atau nama sebenar Badrul Izhan Yeop Abdullah akui kecewa dengan segelintir netizen yang melontarkan kecaman dan menganggap artis itu tidak perlu diberi layanan istimewa.

Bad Indigo

Bad menjelaskan bukan semua artis kaya-raya dan hidup mewah. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Bad mengenai rawatannya termasuk mencuci luka di hospital swasta dipersoal oleh netizen.

Mereka cakap kenapa saya tidak pergi ke hospital kerajaan sahaja kalau tiada duit. Sebenarnya, ada perkara yang saya tidak mahu berkongsi dengan lebih lanjut.

Penyanyi lagu Andai Kau Pergi itu berkata rawatan mencuci bukaan luka bukan sesuatu perkara biasa. Ia perlu dirujuk kepada mereka yang lebih pakar dan ada benda yang mungkin orang nampak biasa atau senang, tetapi, dia yang melalui semuanya.

Bad yang juga suami kepada Ashira Aziz mengakui kesihatan dirinya ketika ini baik-baik sahaja. Cuma, pergerakan terbatas dan terpaksa bergantung kepada walker yang dilengkapi empat roda.

Tidak mengapalah, terima kasih kerana menghina dan mencaci saya… Saya reda.

Walaubagaimanapun, Bad bersyukur ada sahaja insan mulia bermurah hati seperti kenalan, saudara-mara dan orang yang tidak dikenali memberi sumbangan kepadanya. Dia akui kos rawatannya memang membebankan. Apatah lagi, sejak tiada tawaran persembahan bersama Indigo sejak lebih setahun lalu.thanks abg nara

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bad Indigo (@bad.indigo_official)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.