“Kurangkan makan telur langkah penjimatan, mungkin hanya pendapat peribadi Norena” Ketua Setiausaha

Sejak semalam, kenyataan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar yang menyarankan orang ramai mengurangkan pengambilan telur ayam berikutan harga siling baharu dikecam hebat warganet.

Terbaru menerusi laporan Kosmo! Online, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, saranan itu mungkin pendapat peribadi Norena tetapi cara penyampaiannya tidak dapat diterima oleh orang lain.

Azman berkata, pelbagai pihak termasuk kerajaan dan pengusaha telah membincangkan soal kenaikan harga barang selain mengambil kira sensitiviti rakyat atau kos sara hidup.

“Kerajaan telah masuk campur dengan memperkenalkan subsidi pada telur. Jika tidak harganya lebih tinggi lagi.

“Dalam hal ini terpulang kepada pengguna untuk memilih telur mana yang mahu dibeli kerana terdapat banyak gred iaitu AA, A, B, C, D, E,” katanya.

Terdahulu, kenyataan Norena mengundang kemarahan ramai yang disifatkan tidak membantu bagi menyelesaikan masalah dihadapi masyarakat dalam berdepan inflasi di seluruh negara ketika ini.

“Kita sebagai pengguna kalau dah tahu kenaikan harga telur tu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur.

“Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tiada masalah. Itu adalah cara gaya hidup kita,” katanya dalam video menerusi siaran di saluran YouTube Melaka TV.

Sumber : OMM

Viral di media sosial baru-baru ini, satu hantaran oleh seorang pengguna yang memaparkan notis pemberitahuan oleh pihak peniaga di sebuah kedai borong di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran tersebut, peniaga memaklumkan akan mengenakan bayaran sebanyak 30 sen bagi setiap satu penutup kotak telur. Perhatian, kotak telur kena bayar 30 sen satu untuk kotak tutup atas.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengeluh melihat kenaikan harga barangan ketika ini yang semakin menjadi-jadi.

Makin teruk keadaan Malaysia, semua harga naik, sampai kotak nak tutup telur pun kena bayar – netizen.

“Lepas ni, sekali sentuh dikira beli, macam-macam sekarang ni, yang tak patut naik pun dinaikkan harga, ambil kesempatan betul pihak peniaga ni, bila disoal kenapa mahal, macam-macam alasan bagi nanti,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Sumber : beautifulnara

Dalam menghadapi peningkatan inflasi melanda negara, hampir semua pihak terkesan dengan kenaikan harga barang termasuk pembekal, peruncit dan pengguna terutama bagi golongan B40 dan M40.

Justeru, pihak atasan digesa mencari jalan penyelesaian terbaik dan bukan memberikan kenyataan yang lebih mengundang kemarahan rakyat seperti dihadapi oleh seorang ‘pengarah’ ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar dikritik hebat apabila mengulas harga telur ayam selepas membuat pemantauan di sebuah pasar di Melaka semalam.

Menerusi tinjauan di media sosial, video kenyataannya menjadi tular dalam kalangan warganet yang meminta rakyat bagi memahami situasi kenaikan harga barang disebabkan inflasi di pelbagai peringkat.

“Kalau boleh kita sebagai pengguna kan. Kalau kita dah tahu harga telur tinggi. Kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur.

“Kalau seminggu kita makan lebih kurang 20 biji. Kita kurangkan jadi 10-15 biji. Tak ada masalah! Itu adalah cara, gaya hidup kita,” kata Norena.

Berikutan itu, kebanyakan netizen meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan kenyataan Norena yang disifatkan tidak masuk akal, seolah-olah sekadar ‘bercakap’ sahaja.

Segelintir netizen berpendapat bahawa telur adalah sumber protein yang paling mampu didapati oleh orang ramai, jadi mengapa perlu mengurangkan pengambilan makanan berkenaan.

“Telur pun dah habis murah. Dah tu nak makan apa lagi”
“Dulu.. kita cakap ‘makan nasi bujang ja.. nasi..kicap dengan telur goreng’ tht implies dah habis murah dah tu”

“Otak kurang cerdas sbb kurang omega 3. Kalau jmp dia mari baling telur supaya dia bertelur”

“tuntut letak jawatan bagi pengarah kpdn melaka ini. Statement tidak melambangkan polisi kementerian bag membantu rakyat”

“Telur ni salah satu sumber protein g murah. Kalau ayam ikan semua mahal, payah la nak dpt makanan berkhasiat. Senang betul jawapan dia ye”

“KURANGKAN MAKAN TELUR ? statement paling kelakar pada tahun 2022”

“Mana borang nak apply jadi pengarah. Kalau begini gaya jawapan seorang pengarah, baik aku pun cuba”

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *