“Tahniah Tahu-tahu je dah nikah” Danial Zaini selamat diijabkabulkan, beri wang hantaran RM17,777.77

PELAWAK dan penyampai radio Era FM, Danial Zaini selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Yasmine Umaira Yahya dengan sekali Iafaz pada upacara pernikahan yang diadakan di Timorra Avenue, Kuantan, Pahang pada pagi Sabtu.

Danial dinikahkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan, Yahya Abdul Rashid dan pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 berserta wang hantaran berjumlah RM17,777.77.

Selain itu, Danial, 29, turut menyerahkan seutas rantai emas dan sebentuk cincin kepada Yasmine, 29.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Danial dan Yasmine selemat bergelar suami isteri.
Berkongsi detik bahagia itu, Danial atau Mohamad Danial Mohd Zaini, 29, berkata, is adalah saat indah yang dinantikan dan ramai rakan artis terkejut dengan berita pernikahan itu kerana dia merahsiakannya.

“Sejujurnya ini adalah pengalaman indah dan sangat dinantikan, banyak rakan-rakan artis terkejut dan tak sangka saya sudah bergelar suami hari ini.

“Pelbagai dugaan telah kami hadapi sepanjang tempoh pertunangan, tapi Alhamdulillah kami berjaya hadapi semua dugaan,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Pada majlis tersebut, Danial menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sennbilan dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Sementara itu, pasangan nnennpelai akan diraikan dalann sebuah nnajlis resepsi di lokasi sama pada sebelah tengah hari.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 25 Disember tahun lalu namun merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan rannai demi menjaga privasi Yasmine serta keluarga.

Mereka mengenakan busana akad nikah hasil sentuhan Amzar Atelier dan busana songket mewah daripada Man Kajang.

Danial bersyukur dan terharu majlis berjalan lancar. Majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan diadakan di Pulau Pinang pada 16 Julai nanti.

Sumber : Mstar

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Danial Zaini (@danialzain1)

Sebelum ini, “HATI siapa yang tak remuk apabila dapat tahu teman wanita bertunang dengan lelaki lain,” luah penyampai radio Era FM, Danial Zaini selepas wanita yang dikenali hampir dua tahun melangsungkan pertunangan pada hujung Disember lalu.

Danial ditemui berkata, sebaik mengetahui kekasihnya melangsungkan pertunangan dia bergegas bertemu keluarga wanita itu di Segamat, Johor.

“Saya tiba sebelah malam dan majlis sudah selesai. Mujur keluarganya memberitahu dia bertunang pada hari berkenaan kerana saya mengenali ibunya sudah lama.

“Ketika pertemuan dengan keluarganya saya menceritakan perkara sebenar mengenai hubungan kami sepanjang dua tahun ini tapi semuanya sudah terlambat.

“Saya anggap apa yang berlaku ini tiada jodoh antara kami. Saya reda apabila dia memilih untuk bertunang dengan lelaki lain,”katanya.

Menurut Danial, dia memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi punca perpisahan mereka hingga wanita itu mengambil keputusan bertunang.

“Saya buntu dan tak sangka dia membuat keputusan mengejut bertunang dengan lelaki lain.

“Jujur kami pernah berbincang untuk ke fasa seterusnya tapi segala yang dirancang tidak direalisasikan,”katanya.

Sumber : Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *