Minta selepas ini shuk jadi ayah yang baik, Sera dedah KemeIut rumah tangga berakhir

STATUS rumah tangga pelawak Shuk Sahar dengan isterinya yang dikenali sebagai Rossa Sera kini sudah berada di penghujung.

Mengakui sudah berbincang antara satu sama lain, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkata mereka kini dalam proses mencari persetujuan bersama.
Dalam hal ini, Sera berharap agar masalah antara mereka dapat diselesaikan tanpa sebarang persengketaan kerana enggan bermusuhan dengan suaminya itu.

“Sejujurnya sudah ada perbincangan antara saya dan Shuk. Tapi kami masih lagi mencari titik persetujuan bersama… masih berusaha untuk berbincang sebaiknya.

Rossa Sera berharap dapat selesaikan masalah dengan baik. “Tapi apa-apa pun, kami serahkan kepada pihak berwajib bagi menguruskan segalanya. Sudah tentu saya berharap dapat selesaikan masalah ini dengan cara terbaik untuk kami berdua.

“Tak ada bersengketaan, tak nak bermusvhan. Tak ada lagi masalah-masalah di masa akan datang kelak,” kata Sera kepada mStar.

Sera berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video memperlihatkan Shuk berada di sebuah mahkamah bersama peguam yang dimuat naik suaminya di platfrom TlkTok pada Jumaat lalu.

Mengenakan kemeja hitam dan bersongkok, video itu seolah-olah memberi bayangan terkini tentang status rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera yang sedang bergolak.

Pada Selasa lalu, Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

 

Sera dan Shuk akan tetap jaga anak-anak mereka dengan baik. “Apa yang saya harapkan selepas ini adalah saya dan Shuk tetap berusaha menjadi ibu dan ayah yang balk untuk anak-anak.

“Sebab kami masih mempunyai peluang untuk menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat anak-anak kami. InsyaAllah bab jaga anak, saya dan Shuk tak ada masalah,” ujarnya.

Untuk rekod, Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu namun status rumah tangga mereka masih meninggalkan tanda tanya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

Sumber : mstar

Rupanya Ini jejaka aidie tu , Sera Akhlrnya dedah identiti aiddie Hensem

Meskipun tiada kenyataan rasmi yang keluar dari mulut pasangan Shuk Sahar dan isteri Rossa Sera. Namun ramai yang beranggapan kedua-duanya telah mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing selepas pelawak tersebut memuat naik satu rakaman ketika ke sebuah pejabat agama bersama seorang peguam.

Siapa Eddie hensem? You dah ada orang baru ke? Sapa Eddie. Malah Sera juga selepas itu dilihat telah update satu video lain seakan-akan mengucapkan kata-kata perpisahan kepada pasangannya tersebut.

Dalam pada itu, menerusi rakaman sama juga terselit beberapa screenshot kiriman WhatsApp daripada Shuk bertanyakan tentang siapakah gerangan seorang lelaki bernama ‘Eddie Hensem’ yang sedang rapat dengan wanita tersebut.

Kita kawan balik sampai kahwin okay. Selepas beberapa hari menjadi tanda tanya, harini persoalan berkenaan seakan terjawab apabila empunya badan iaitu saudara Aidi Qusairy telah memuat naik satu video lain yang memaparkan fotonya bersama Sera ketika masih kecil.

Kedua-duanya dikatakan telah berkawan baik sejak 29 tahun lalu bersama seorang lagi individu. Kecik-kecik dah handsome, sekarang apa lagi… Makinlah merayu-rayu orang to nanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat Sera mempunyai seseorang yang boleh dijadikan peneman. Dalam pada itu, ada juga yang beranggapan barangkali pemuda tersebut juga merupakan saudara jauh wanita berkenaan dari Sabah.

“abis la. ps ni ad Igi la siapa eddie? siapa eddie ensem u? siapa?”
“waaa dh spill… bff forever.. i love the frenship eh terawal ni”
“Oh ni lah Eddie handsome ni hahahah”

“alorhhh buka la mask nya eddie ngak nampak muka dong”
“Kalau tak mention hensem pun,,i pecaye u hensem,sbb kebanyakan kawan sabah i knl mmg hensem2”

“sy support dari jauh”
“ohhh ni la eddie hensem viral tu . macam cite melur utk firdaus pulak”
“wahhh.in la Eddie hensem tu”

“kecik2 dh hensem skrg apatah lagi nangis ujung bucu katil la org tu”
“rasanya drg sepupu ni”
“makin la merayu2 c kawan tu nnti c eddie ni tgk kening ja pun tau memang ensem”
“durang ni kazen sebenarnya”

Sumber : klsah dunia

Sebelum ini, pelawak Shuk Sahar telah memuat naik satu hantaran video di laman TikTok miliknya yang memaparkan dirinya sedang berada di mahkamah bersama seorang peguam sekaligus memberi bayangan bahawa perkahwinannya kini sudah sampai ke penghujung.

Baru-baru ini, Rossa Sera turut memuat naik video TlkTok memaparkan dirinya tersenyum sambil memegang sejambak bunga dan menyertakan beberapa tangkap layar kiriman mesej Shuk Sahar yang seperti ingin memujuknya namun tidak dibalas.

Malah, Sera atau nama sebenarnya Rossalenna Natassyiah Asshaferah turut meninggalkan ucapan seolah-olah ‘selamat tinggal’ dengan mendoakan Shuk supaya menjaga diri serta terus kuat untuk move on dan bekerja keras demi anak-anak.

Saya akan selalu doakan dan support awak, Kerja kuat-kuat untuk anak-anak kita ok? Please kuat dan kita sama-sama move on.

Apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah pada akhir video tersebut, Sera telah memegang jambakan bunga berwarna pink itu dihadapan seorang lelaki seperti memberi ‘hint‘ dia sudah jumpa pengganti.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira melihat wanita itu kini sudah mampu tersenyum bahagia.

Hargai la isteri bila dah tak ada baru tercari-cari – netizen.

“Tahniah serra.. awak memang iron lady.. tak semua orang dapat lalui kisah hidup macam awak,” tulis seorang pengguna TlkTok.

Sumber : beautifulnara

Kisah kemelut rumah tangga yang melibatkan pelawak terkenal ShvkSahar dan juga isteri Rossalennah Natassyiah Asshaferah masih belum lagi sepenuhnya selesai. Malah wanita tersebut kini lebih senang mengambil pendekatan untuk berdiam diri sahaja sambil menguruskan anak-anak serta perniagannya.

Buat wanita itu, selamat berbahagia atas derita orang lain. Semalam kecoh pula di TlkTok, seorang individu sempat merakam kelibat bekas pengacara ‘I Can See Your Voice Malaysia’ itu sakan keluar bergandingan dengan seorang wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya sebelum ini.

Video yang sudah ditonton lebih sejuta orang tersebut itu turut mendapat komen daripada Rossa dengan ucapan selamat berbahagia. Aimi Ain masih ada mama…Mama akan berusaha cari nafkah buat kamu berdua.

Terbaru menerusi update lain di TlkTok, Rossa dilihat seperti telah membawa diri pulang ke Sabah dengan hanya membawa anak-anak bersama. Dengan kapsyen yang cukup sayu, wanita meluahkan rasa tekad akan berusaha sebaik mungkin mencari nafkah sendiri supaya dapat teruskan kehidupan bersama 2 orang cahaya mata kesayangannya itu.

Kesiannya tengok muka anak-anak…ScandaI dilayan, isteri dibiar. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netlzen cukup sedih melihat nasib keluarga itu kini.

Disaat anak-anak masih sedang dalam fasa membesar, namun tiada kehadiran seorang ayah di sisi bersama-sama seperti dulu. Dalam pada itu, ramai juga berkesempatan memberikan semangat untuk Serra meneruskan kehidupannya.

“Balik sabah dah kesian depa..”

Sumber : Klsahdunla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *