Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini pada Selasa.
Lelaki berusia 26 tahun dilihat tiba kira-kira jam 2.30 petang menaiki sebuah kenderaan dengan diiringi tiga kenderaan lain.
Sinar Harian difahamkan, suspek yang memakai baju lokap warna oren diiringi anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.
Kehadiran suspek berkenaan dipercayai bagi membantu siasatan di lokasi kejadian penemuan mayat Nur Farah Kartini.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan suspek yang juga anggota polis direman selama tujuh hari bermula Selasa untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sinar Harian melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui di kawasan ladng kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang, pada Isnin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, mayat mangsa ditemui hampir reput di lokasi selepas dipercayai beberapa hari meninggal dunia.
Anggota polis yang direman bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, baharu lima tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
Menurutnya, semasa siasatan dijalankan, anggota berkenaan yang dipercayai teman lelaki mangsa telahpun menunjukkan lokasi di mana berlakunya kejadian.
“Saya mengesahkan bahawa kes ini diperlakukan oleh seorang anggota kita dari Balai Polis Slim River.
Menerusi hantaran di TikTok, Haziq menyangkal dakwaan yang mengatakan arwah hilang sejak minggu lalu kerana mengikut kekasihnya pergi ke Thailand.
Tegas Haziq, orang ramai hendaklah menghormati keluarga arwah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa.
Ini adalah penjelasan dan teguran tentang kes kawan saya iaitu Nur Farah Kartini. Dia merupakan rakan rapat saya di Universiti sebab kami satu batch, satu bidang, satu haluan sehingga kami konvo.
Saya ingin memberi teguran kepada netizen yang buat speukulasi ketika kehilangan arwah, ada yang mengatakan arwah ada kekasih dan ikut kekasih pergi Thailand. Saya nak beritahu, kalau tiada benda baik nak cakap lebih baik.
Kerana perkara tersebut boleh mengguriskan hati keluarga dan orang-orang terdekat yang amat menyayangi dia.
Sementara itu, Haziq berpesan kepada orang ramai untuk menggunakan alat pengesan atau ‘tracker’ bagi memantau keadaan insan tersayang yang berjauhan dari keluarga.
Tolong juga jaga keluarga anda dan pastikan jika ada yang duduk jauh ada tracker yang akan kesan di mana mereka berada.
Bunyi macam mengganggu privasi, tetapi sangat membantu sekiranya kes seperti Farah Kartini terjadi dengan keluarga anda.
Terdahulu, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, jam 6 petang Isnin.
10 Julai lalu, polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 1.56 pagi.
Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam dan dipercayai hilang selepas menghantar kereta sewa.
Dalam pada itu, polis telah menahan seorang individu lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan.
Penjelasan individu ini: