Kuantan: Kerinduan mendalam terhadap Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah mendorong ahli keluarganya menziarahi pusara graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu, hari ini.
Pagi tadi, keluarga Nur Farah Kartini terutama ibunya, Salmah Abdullah meluangkan masa di kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, di sini.
Menurut arwah, Mohd Farizza Amir Abdullah, 28, buat masa ini emosi ibunya masih tidak stabil.
“Pagi ini abang saya membawa ibu ke kubur untuk menziarahi kubur arwah adik. Emosi ibu masih tidak ok tetapi kami reda.
Esok, kami mungkin pulang tetapi ibu akan berada di rumah saya di Seri Kembangan, Selangor.
“Tidak pasti bila ibu akan pulang ke Miri, Sarawak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Farriza Amir berkata, pada masa sama, dia dan ahli keluarga berterima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan semua pihak sepanjang urusan pengebumian adiknya.
“Saya reda dengan segala yang berlaku. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya.
Semalam, jenazah Nur Farah, 25, tiba di tanah perkuburan kira-kira 5 petang dari Hospital Sungai Buloh, Selangor dan segera disemadikan.
Telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemui di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, 12.21 tengah hari tadi.
Peranti itu ditemui anggota Unit Sub Akuatik Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas sejam menyelam.
Pada masa sama, polis turut membawa suspek, 26, ke lokasi kejadian untuk proses pengecaman telefon pintar milik Nur Farah Kartini.
Ketika ini, proses mencari bahan bukti lain masih dijalankan.
Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan mati, kelmarin, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Mangsa bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di Hulu Selangor, semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan keadaan mayat mangsa.
Ketika mayat mangsa ditemukan, keadaannya sudah hampir reput kerana sudah meninggal dunia beberapa hari. Jadi, belum dapat dipastikan kecederaan yang ada (pada mangsa),” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, masih terlalu awal untuk polis menyimpulkan motif sebenar di sebalik pembunuhan itu.
Katanya, tiada sebarang penemuan senjata pembunuhan di lokasi kejadian buat masa ini dan proses bedah siasat masih berlangsung bagi mengenal pasti punca kematian.
Terdahulu, Hussein mengesahkan penjawat awam yang ditahan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini adalah anggota polis.
Hussein dilaporkan berkata, suspek berusia 26 tahun dipercayai teman lelaki mangsa adalah seorang anggota polis yang bertugas di Perak.
Berang kerana diugut untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isteri suspek dikatakan menjadi punca bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dibunuh.
Sumber berkata, konflik percintaan antara suspek dan Farah Kartini berlarutan selepas mangsa mendesak suspek supaya berkahwin dengannya.
“Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek.

“Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan berkenaan. Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan dalam parit berhampiran mayat ditemui,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek yang juga anggota polis adalah teman lelaki kepada mangsa.
Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.
“Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.
Semalam, Nur Farah yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.
Mayat gadis berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya
Mayat gadis berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Hussein dilaporkan berkata, pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.
Beliau dilaporkan berkata, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.