BAITULMAQDIS – Kebakaran hutan kembali marak di kawasan berhampiran Baitulmaqdis barat pada Jumaat, hanya beberapa jam selepas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran besar yang berlaku di tengah Israel, lapor Anadodu Ajansi (AA).
Menurut laporan harian Maariv, kebakaran baru dikesan di kawasan Latrun yang terletak antara Baitulmaqdis dan Tel Aviv, sehari selepas api berjaya dikawal pada Khamis.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Israel memaklumkan bahawa mereka telah menggunakan pesawat pemadam api dalam operasi memadamkan kebakaran terbaru dan kini mengesahkan situasi telah berada”di bawah kawalan penuh.”
Kebakaran besar sebelum ini di kawasan Bukit Baitulmaqdis telah memusnahkan kira-kira 4,942 ekar kawasan tanah hutan dan hanya dapat dikawal selepas operasi selama hampir 30 jam.
Rakaman dari udara menunjukkan kesan kebakaran hutan yang merebak pantas di bukit barat Jerusalem pada Jumaat.
Media penyiaran awam Israel, KAN dan Channel 12 turut memetik kenyataan rasmi bahawa satu pasukan penyiasat khas telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kebakaran tersebut.
Namun begitu, dakwaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa kebakaran itu berpunca daripada perbuatan sabotaj, disanggah oleh Channel 12 yang menyatakan siasatan awal menunjukkan kebakaran besar tersebut dipercayai berpunca akibat kecuaian, bukan sabotaj.
video situasi semasa di sana :
Ratusan penduduk di beberapa bandar kecil telah diarahkan berpindah pada Rabu selepas api marak dengan cepat antara Baitulmaqdis dan Tel Aviv.
Beberapa jalan utama turut sesak apabila ramai pemandu terpaksa meninggalkan kenderaan dan melarikan diri dari kawasan terbakar.
Pihak berkuasa kini masih meneruskan siasatan bagi memastikan punca sebenar kebakaran yang berlaku di kawasan sama minggu lalu dalam skala yang lebih kecil. – Agensi
Kebakaran besar melanda beberapa penempatan peneroka haram Yahudi di utara Israel lapor berita Al Mayadeen semalam.
Menurut media tempatan, kebakaran tersebut memaksa pihak berkuasa memindahkan penduduk ke beberapa penempatan lain di sekitar kawasan al-Jalil Pandhale termasuk penempatan terbesarnya, Kiryat Shmona.
Sebilangan besar anggota bomba dikerah ke lokasi kebakaran, namun api sudah merebak ke bahagian utara Kiryat Shmona dan menghampiri kawasan perumahan penduduk.
Penduduk di penempatan tersebut dan Margaliot diarah untuk berpindah kerana api merebak pantas ke seluruh kawasan belukar dan hutan. Pihak berkuasa di Kiryat Shimona mengadakan lawatan rumah ke rumah untuk mengarahkan mereka berpindah.
Setakat pukul 8 malam (waktu tempatan), pihak berkuasa memaklumkan kepada media tempatan bahawa kebakaran belukar dan hutan itu merebak ke bahagian utara bandar penempatan tersebut.
Pasukan bomba dan peneroka bertungkus lumus cuba memadamkan api yang menjulang mengelilingi penempatan Israel.
Di kawasan Golan dan Al-Jalil, sebanyak 15 titik panas dilaporkan ketika kebakaran berterusan berlaku, antaranya disebabkan oleh cuaca panas di kawasan tersebut.
Kebakaran juga dilaporkan berlaku di beberapa tempat lain, antaranya Metulla, Kfar Giladi, Mavo Hama dan Shlomi di barat Al-Jalil.
Sumber : Sinar Harian
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.