Pengajaran disebalik pmbnuhan Farah Kartini.. Ini amaran keras dari Ust Elyaz Ismail..

Polis melakukan siasatan secara menyeluruh berhubung motif kejadian bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.

Ini termasuklah dakwaan punca yang dikaitkan akibat perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan motif kejadian selain tiada sebarang rampasan senjata di lokasi penemuan mayat mangsa.

“Proses bedah siasat masih lagi berjalan (hari ini) bagi mengetahui punca kematiannya.

“Ketika mayat mangsa ditemukan, keadaannya sudah hampir reput kerana telah meninggal dunia beberapa hari. Jadi, belum dapat dipastikan kecederaan yang ada,” katanya pada Selasa.

Sebelum itu, suspek berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Kontinjen Perak telah direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Video penjelasan Ustaz

https://s.shopee.com.my/4pvOctEV7I