“Luth sdh mninggal dunia.. hilang sdah kesakitannya..”- Ramai sedih tngok tatapan terakhir sblum pergi..

Georgetown: Seorang lagi kanak-kanak yang termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus, Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, hari ini.

Perkara itu disahkan ibunya Nurain Hasnorizal, 25, selepas melawatnya di wad.

“Luth sudah meninggal dunia kira-kira jam 1.24 tengah hari tadi, hilang sudah kesakitannya.

“Jenazahnya dijangka dikebumikan Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah berhampiran pusara abangnya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai dua beradik, Muhammad Luth Syauqi dan Muhammad Akil Syauqi yang masing-masing berusia dua dan tiga tahun, kritikal selepas termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.

Makanan ringan berupa keropok itu digantung pada pagar dawai dikatakan dipasang pemilik kebun, bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.

Kedua-dua kanak-kanak malang berkenaan dikejar ke HPP selepas menerima rawatan di Hospital Kulim.

Muhammad Akil menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi, kelmarin.

Polis sudah mengambil keterangan lima individu untuk membantu siasatan berhubung kejadian dua kanak-kanak lelaki yang termakan keropok mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, kesemua keterangan itu diambil sejak hari kejadian.

Menurutnya, setakat ini hanya satu tangkapan dilakukan membabitkan seorang lelaki dipercayai pekebun berusia 33 tahun untuk membantu siasatan.

“Lelaki itu ditahan di sekitar Lubuk Buntar, Serdang sekitar 12 tengah hari semalam dan direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

“Kami minta semua pihak memberi ruang kepada polis… sekiranya ada maklumat baru, kita akan maklumkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Fisol berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan dua beradik, Muhammad Akil Syauqi, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, kritikal selepas makan keropok yang mengandungi racun tikus.

Bagaimanapun, Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia pada 8.40 pagi semalam ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), manakala adiknya dilaporkan masih kritikal.

Kulim: Seorang lelaki direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun termakan keropok mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.

Kejadian pada Isnin lalu, menyebabkan seorang mangsa yang berusia tiga tahun meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas tiga hari bertarung nyawa.

Permohonan reman terhadap lelaki yang juga pemilik pekebun berusia 33 tahun itu dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen Mirza Mohamad bermula hari ini hingga 17 Julai.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.

Semalam, media melaporkan seorang daripada dua beradik yang termakan keropok disyaki bercampur racun tikus meninggal dunia pagi semalam.

Jenazah Muhammad Akil Syauqi, 3, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling pada jam9.45 malam tadi .

Manakala adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, dilaporkan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Terdahulu, media melaporkan, dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun kritikal selepas termakan keropok disyaki bercampur racun tikus yang digantung di pagar dawai besi dekat kebun tidak jauh dari rumah mereka.

Perbuatan itu dilakukan pemilik kebun dipercayai bagi tujuan menghalau haiwan liar yang berkeliaran dan mengganggu tanaman yang diusahakan mereka.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.