Dua anak pergi sekaligus, ini kata2 ibu arwah kpd jiran letak racun tikus..

Jiran kepada dua beradik yang kritikal selepas makan keropok yang disyaki mengandungi racun tikus ada menghubungi ibu kepada mangsa pada malam Selasa.

Nurain Hasnorizal, 25 berkata, ibu kepada jirannya itu menghubunginya pada jam 10 malam untuk meminta maaf terhadap kejadian berkenaan.

“Jiran ada telefon, 10 malam tadi (Selasa). Mak dia telefon minta maaf semua, beritahu anak dia yang letak racun tu.

“Saya kata tak apa lah, benda dah jadi, nak buat macam mana. Saya tak tahu nak kata apa, harap benda yang baik-baik saja.

“Saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh dalam keadaan macam ini. Kadang-kadang mak saya telefon pun (saya) tak sempat nak angkat sebab ada di dalam wad,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Nurain berkata, dia juga reda apabila orang ramai menyalahkan dirinya dalam kejadian berkenaan.

“Biar la apa orang nak kata dalam tu (media sosial), kita saja tahu apa yang sebenarnya berlaku. Orang komen-komen saja, mereka tak tahu.

“Anak saya hanya bermain di luar rumah saja, kita tak biar anak-anak,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Nurain dilaporkan berkata, dia masih tidak dapat memikirkan tindakan seterusnya terhadap jiran kerana ingin menumpukan perhatian kepada kedua-dua anaknya itu terlebih dahulu.

Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, sebelum ini dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.

Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun yang bertujuan bagi perangkap monyet.

Kejadian itu disedari ibu mangsa pada jam 11 pagi di rumah sebelum membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun pagi Rabu, Muhammad Akil Syauqi dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Seorang lagi kanak-kanak yang termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus, Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan kematian mangsa pada jam 1.20 tengah hari tadi.
“Mangsa kedua Muhammad Luth Syauqi sudah meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

“Bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik HPP,” katanya ketika dihubungi

sebelum ini melaporkan mengenai dua beradik, Muhammad Luth Syauqi dan Muhammad Akil Syauqi yang masing-masing berusia dua dan tiga tahun, kritikal selepas termakan makanan ringan yang didakwa dicampur racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.

Makanan ringan berupa keropok itu digantung pada pagar dawai dikatakan dipasang pemilik kebun, bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.

Kedua-dua kanak-kanak malang berkenaan dikejar ke HPP selepas menerima rawatan di Hospital Kulim.

ebelum itu, Muhammad Akil menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi Rabu.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.