Lagi kes kematian UPNM. Kesan lebam pada Mayat anak. Bapa arwah Amirul dkwa anak didera. Ini buktinya..

Selepas kes kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain mendapat pembelaan tempoh hari, timbul lagi isu yang dikatakan melibatkan penderaan pelajar.

Menurut satu akaun TikTok, individu berkenaan adalah Amirul Nashriq Othman, yang merupakan bekas penuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

 

Sejak beberapa hari lalu juga, tular kembali tangkap layar berkenaan kronologi kes membabitkan Allahyarham Amirul.

Kronologi itu dipercayai ditulis oleh kakak Allahyarham yang menggunakan akaun Facebook Norzulaikha Othman pada 2018.

Berdasarkan tangkap layar itu, akaun FB berkenaan mendedahkan tentang kronologi kejadian yang berlaku kepada Amirul, yang didakwa masih belum mendapat pembelaan sewajarnya.

Sementara menurut laporan Berita Harian pada 29 Mei 2018, bapa Amirul, Othman Yusoff menuntut keadilan untuk anaknya yang didakwa mempunyai unsur penderaan sebelum mangsa meninggal dunia.

Beliau mendakwa, anaknya didera sebelum meninggal dunia berikutan terdapat kecederaan di badan anaknya.

Othman turut membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis dan laporan bedah siasat anaknya.

Kata Othman, beliau sekeluarga tidak berpuas hati kerana autopsi dilakukan tanpa kebenarannya sebagai waris dan hanya menandatangani surat kebenaran sejurus sampai di Hospital Bentong, Pahang.

“Laporan itu amat mencurigakan kerana kesan lebam yang terdapat pada dada anak saya dikatakan berpunca daripada terkena batu semasa lemas.

Sedangkan dua hari sebelum itu arwah sempat menghantar gambar kepada kami menunjukkan kesan lebam akibat dipukul oleh tiga pelajar senior.

“Anak saya sebelum ini menunjukkan gambar lebam di dada, dia kata kena pukul di bahagian ulu hati hingga senak bersama seorang lagi rakannya.

“Kami suruh beliau balik ke kampung, namun apa yang peliknya dua hari kemudian, arwah bersama rakan lain ke kawasan air terjun dan meninggal dunia akibat lemas,” katanya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis, pula dilaporkan berkata, siasatan mendapati mangsa lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di air terjun itu.

Ketika mandi, mangsa dikatakan tiba-tiba tenggelam dan gagal dikesan sebelum timbul 15 minit kemudian dengan rakan-rakan mangsa cuba menyelamatkannya tetapi tidak berjaya.

KES melibatkan kematian bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Amirul Nashriq Othman yang meninggal dunia pada tahun 2018 lalu bakal dibuka semula.

Ia susulan Peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar difahamkan akan berkunjung ke kediaman Allahyarham dalam masa terdekat dan membuat persediaan untuk membuka semula kes tersebut

Dalam sesi siaran langsung, ibu arwah Amirul Nashriq memberi pencerahan (tentang) apa yang berlaku kepada anaknya (sepanjang) belajar di UPNM.

“Setelah panjang lebar pencerahan diberikan, Ahmad Zaharil memaklumkan akan mengambil kes ini dan dibawa ke tengah,” maklum pengendali akaun @rkantiktok pada Ahad.

Majoriti sebelum ini melaporkan kembali kes kematian Amirul Nashriq setahun selepas pemergian Zulfarhan.

Hasil siasatan polis mendapati remaja berusia 19 tahun pada ketika itu meninggal dunia akibat lemas ketika mandi bersama-sama rakannya di Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang pada 24 Mac 2018.

Bagaimanapun, pemergiannya menimbulkan 1,001 persoalan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, ada juga yang mendakwa bahawa kematian Amirul Nashriq bukanlah disebabkan lemas tetapi kerana didera.

Menurut laporan Berita Harian pada 29 Mei 2018, bapa Allahyarham, Othman Yusoff, 51, dilaporkan berkata, keluarganya membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis serta laporan bedah siasat anaknya.

Jelasnya, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Gopeng, pada 25 Mei 2018 selepas melihat kecederaan dialami Amirul Nashriq termasuk kesan lebam yang terdapat pada badan mangsa dua hari sebelum kejadian.

“Kami sekeluarga tidak berpuas hati kerana autopsi dilakukan tanpa kebenaran saya sebagai waris, dan hanya menandatangani surat kebenaran sejurus sampai di Hospital Bentong, Pahang.

“Laporan itu amat mencurigakan kerana kesan lebam yang terdapat pada dada anak saya dikatakan berpunca daripada terkena batu semasa lemas, sedangkan dua hari sebelum itu arwah sempat hantar gambar kepada kami menunjukkan kesan lebam akibat dipukul oleh tiga pelajar senior,” katanya.

Untuk rekod, Ahmad Zaharil sebelum ini pernah mengendalikan pelbagai kes termasuk membantu menyelamatkan seorang wanita yang ditahan atas kesalahan mencuri bekas kotak pensel untuk dihadiahkan kepada anak lelaki berusia 10 tahun, daripada menerima hukuman yang berat.

Majoriti kini dalam usaha mendapatkan respons daripada Ahmad Zaharil untuk mengulas lanjut tentang perkembangan kes tersebut. — Majoriti

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts