“Silap anak sy tak lapor Polis diugut wnita itu..”- Bapa pmbunuh tmpil pertahankn anak..

Keluarga kepada suspek pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, menerima seadanya ujian yang sedang melanda mereka sekeluarga.

Bapa suspek berusia 64 tahun, berkata, apa yang salah tetap salah dan anaknya perlu menerima hukuman jika benar dia bersalah meskipun berat untuk mereka sekeluarga menerimanya.

Menurutnya, suspek yang telah empat tahun berkhidmat sebagai anggota polis merupakan seorang anak yang baik dan bertanggungjawab selain menjadi anak harapan keluarga memandangkan dalam adik-beradiknya, dia dan seorang lagi kakaknya yang bekerja dalam kerajaan.

Katanya, suspek yang sedang bercuti sejak Rabu lepas hingga Rabu ini datang ke rumahnya di Sungai Rambai pada Khamis lalu sebelum mendapat panggilan untuk segera pulang ke balai dia bertugas.

“Ketika itu dia tak banyak bercakap dan kelihatan sugul sebelum bergerak pulang.

“Apa pun saya terima seadanya, kalau apa-apa yang terjadi ini kehendak takdir ALLAH, saya percaya pada takdir ALLAH,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai di sini pada Selasa.

Bagaimanapun dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes tersebut.

“Silap anak saya, dia tidak membuat laporan polis bila diugut dan mengambil tindakan sendiri,” katanya sebak.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan pada petang Isnin.

Mangsa didapati hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Perak.

Mayat mangsa yang dipercayai dibunuh individu dikenali ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada 6 petang, sebelum polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun.

Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini pada Selasa.

Lelaki berusia 26 tahun dilihat tiba kira-kira jam 2.30 petang menaiki sebuah kenderaan dengan diiringi tiga kenderaan lain.

Sinar Harian difahamkan, suspek yang memakai baju lokap warna oren diiringi anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Kehadiran suspek berkenaan dipercayai bagi membantu siasatan di lokasi kejadian penemuan mayat Nur Farah Kartini.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan suspek yang juga anggota polis direman selama tujuh hari bermula Selasa untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui di kawasan ladng kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang, pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, mayat mangsa ditemui hampir reput di lokasi selepas dipercayai beberapa hari meninggal dunia.

Anggota polis yang direman bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, baharu lima tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.

Menurutnya, semasa siasatan dijalankan, anggota berkenaan yang dipercayai teman lelaki mangsa telahpun menunjukkan lokasi di mana berlakunya kejadian.

“Saya mengesahkan bahawa kes ini diperlakukan oleh seorang anggota kita dari Balai Polis Slim River.

“Subjek (suspek) telah pun ditangkap dan direman, tindakan selanjutnya perlu tunggu siasatan penuh dari Polis Selangor kerana perlakuan berlakunya kematian itu di Selangor, hanya kehilangan mangsa dilaporkan di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan Polis Perak di sini pada Selasa.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata, proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.

“Kita akan cari telefon pintar miliknya (mangsa) serta rantai dan beberapa barang lain lagi yang dipercayai boleh dijadikan bahan bukti dan menjadi petunjuk kes,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang Rabu lalu ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada jam 6 petang

Mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak adalah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bekerja dengan sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak, dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan.

Terdahulu, seorang anggota polis berpangkat lans koperal berusia 26 tahun direman seminggu bermula hari ini untuk membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.