“Slpas tular surat layang tk dipeduli..”- Akhirnya Ini tindakan diambil Bapa Zulfarhan kepda pihak UPNM..

Dalam satu temu ramah portal berita tempatan, ibu Allahyarham Zulfarhan, Hawa Osman menyatakan beliau bukan tidak reda namun tidak boleh terima cara arwah didera.

Malah sehingga ke saat itu beliau dan suami, Zulkarnain Idros trauma menggunakan seterika untuk menggosok pakaian mengenangkan penderitaan dilalui anak sulung mereka. Zulkarnain berkata, selepas kematian anaknya itu, beliau ‘mengharamkan’ keturunannya tidak kira anak atau cucu untuk memasuki UPNM.

Timbalan Pendakwa Raya, Solehah Noratikah Ismail selaku responden dalam rayuan silang ini berkata, dapatan hakim Mahkamah Tinggi menyatakan berlaku kecederaan terhadap Zulfarhan menunjukkan ia dilakukan oleh perayu-perayu berkenaan.

Beliau menghujahkan bahawa, elemen pertuduhan telah dibuktikan, yang mana ia adalah berdasarkan kehilangan komputer riba sehingga menjurus kepada kejadian pukul.

Katanya, tiada sebarang percanggahan material yang menunjukkan keterangan melimpah ruah terhadap semua perayu, melibatkan kecederaan kepada Zulfarhan.

Bagi kes pemerasan pula, Zulfarhan dituduh mencuri dan kejadian mencederakan tubuh mangsa, berlaku bagi mendapatkan pengakuannya.

Mahkamah mendengar rayuan silang 12 orang pelaku yang menyebabkan kecederaan kepada Allahyarham Zulfarhan.

16 Mei 2024

Mahkamah menyampaikan keputusan terhadap rayuan 12 lagi bekas penuntut universiti sama yang dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Hukuman penjara 18 tahun ditolak, enam tertuduh digantung sampai mati

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman terhadap keenam-enam OKT iaitu mereka perlu dibawa ke suatu tempat penggantungan yang mana mereka akan digantung sampai mati.

“Rayuan pendakwaan dibenarkan, hukuman penjara selama 18 tahun ditolak,” kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Pertuduhan terhadap enam tertuduh dibuat di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Baki 12 yang lain pula dibicarakan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berat nak cakap, tetapi jujurnya saya maafkan tertuduh, apa yang mereka buat kepada anak saya. Dengan maafkan, barulah ada kelegaan tetapi saya akan lawan sampai ke mahkamah rayuan,” kata Zulkarnain Idros, bapa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Zulkarnain, 57, berkata demikian ketika diminta berkongsi perasaannya selepas mendengar keputusan hakim terhadap 18 tertuduh yang didakwa menyebabkan kematian tanpa niat terhadap anak sulungnya, Zulfarhan yang meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Menurutnya, dia mengucapkan terima kasih kepada hakim kerana memberi keputusan yang sewajarnya walaupun tidak mengenakan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kalau ikutkan hati, tak puas hati juga apabila dipenjara 18 tahun saja.

“Bagaimanapun, saya dimaklumkan pihak pendakwa raya akan failkan ke mahkamah rayuan dalam masa 14 hari dan tertuduh juga akan failkan pembelaan di Putrajaya.

“Pesanan saya kepada masyarakat di luar sana jangan jadi pembuli. Perbuatan itu menyebabkan saya kehilangan anak sulung yang menjadi harapan, idola dan teladan kepada adik-adik,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Ditanya bagaimana hubungannya dengan keluarga tertuduh, Zulkarnain berkata, hanya satu keluarga saja yang datang datang memohon maaf kepadanya dan isteri.

“Satu keluarga saja yang datang, seolah-olah anak saya pula yang bersalah dan membunuh.

“Janganlah begitu, kita sebagai bapa, jangan putuskan silaturahim,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Hawa Osman, 58, mengakui sering menangis setiap kali melihat pingat milik Zulfarhan yang diletakkan di depan katilnya.

Hawa berkata, ia kerana Allahyarham Zulfarhan pernah memesan supaya melihat pingat itu jika merinduinya.

“Saya sebagai ibu amat terkesan dan selalu menangis mengenangkan arwah kerana bergantung kepada Zulfarhan untuk membawa saya ke mana-mana.

“Saya juga setuju dalam masa 14 hari ini, kes ini dibawa ke mahkamah rayuan dan saya akan ke sana juga.

“Kepada tertuduh, mereka diberi pulang oleh hakim kerana kesalahan pertama. Jangan ada kesalahan kedua, ketiga selepas dibebaskan daripada hukuman penjara, itu yang saya minta,” katanya.

Mahkamah Tinggi hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut UPNM kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan Osman.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan hukuman mereka mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu selepas melihat kepada pertimbangan pelbagai aspek termasuk semua pihak terjejas terutama kesan dialami keluarga mangsa.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.