“Sy rasa dia masih ada. Kita sedang berusaha menarik Hud Aryan keluar dari ALAM itu,”-Bomoh

TANAH MERAH – Bapa kepada seorang kanak-kanak yang hilang sejak malam kelmarin, Hud Aryan Mohd. Nor Hafifi mengesyaki anak tunggalnya itu berada di alam lain selepas mendapat petunjuk daripada beberapa bomoh.

Mohd. Nor Hafifi Saidi, 34, berkata, dia mengesyaki anaknya yang berusia satu tahun tujuh bulan itu masih ada, namun berada dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan menyusu lebih 48 jam.

“Saya bersama keluarga terdekat dan penduduk kampung cuba mencari di kawasan hutan di belakang rumah yang dipenuhi rumpun buluh dan pokok durian.

“Saya rasa dia masih ada. Kita sedang berusaha menarik Hud Aryan keluar dari alam itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini hari ini.

Menurutnya, keluarganya tidak putus-putus mengadakan solat hajat memohon agar Hud Aryan ditemui dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyekanat Tanah Merah, Mohd. Zulkifli Osman berkata, operasi mencari mangsa Hud Aryan bermula pukul 10 pagi ini dengan menumpukan pencarian di sekitar kawasan hutan dan parit.

Katanya, Unit Anjing Pengesan (K9) turut membantu usaha pencarian kanak-kanak itu.

Sebelum ini, TANAH MERAH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikhuatiri hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, di sini pada Isnin.

Difahamkan semasa kejadian, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berada di rumah neneknya yang terletak kira-kira 90 meter dari anak sungai sebelum disedari hilang oleh ahli keluarga.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Asmadi Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.02 malam.

“Kami bergegas ke lokasi sejauh 26 kilometer dan tiba pada jam 8.49 malam. “Kanak-kanak tersebut dipercayai hilang di sekitar kawasan kampung berkenaan. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai oleh penduduk kampung telah dijalankan, namun gagal menemukan sebarang jejak,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurut beliau, pihaknya turut mendapatkan bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi membantu usaha mencari.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts