“Dia ada bersama sy..”- Ayu Raudhah dedah detik terakhir anak sblum hembus nafas terakhir..

Bukan mudah buat pelakon, Ayu Raudhah untuk menerima berita kehilangan anak bongsunya Muhammad Aisy Al Rees yang dikandungnya selama 9 bulan.

Meskipun sukar, namun Ayu akui di harus reda menerima ketentuan ilahi.

“Saya reda inshallah.

“At first dia memang anak dari syurga,dari lahir sehingga dia menghembuskan nafas terakhir dia tidak pernah menyusahkan, dia memang baik luar biasa.

“Memang ditakdirkan dia baby syurga, itu sahaja saya nak cakap,” katanya ringkas.

Mengimbas kenangan selama enam bulan bersama anak tercinta, tiada apa yang dapat digambarkan hanya momen terindah menjadi kenangan selamanya buat Ayu dan Zaquan serta anak-anak tercinta.

Pada masa sama, Ayu juga menganggap bahawa anaknya itu adalah pinjaman yang sangat berharga daripada yang Maha Esa.

“Setiap saat dia bersama saya adalah kenangan yang terindah. Dia adalah pinjaman dan bila-bila masa dia boleh diambil. Terlalu banyak nikmat untuk kita perkatakan kenapa dia (Allah) nak ambil kerana itu hak dia,” tambahnya.

Ayu dan Zaquan ditemui Gempak selepas selesai majlis pengebumian anak bongsunya di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan pada Rabu.

Terdahulu, Zaquan Adha telah berkongsi berita kesedihan kehilangan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees menerusi kemas kini di laman sosial Instagram Story.

Kakak ipar Zaquan yang juga pelakon, Rozita Che Wan memaklumkan bahawa anak buahnya itu tidak sedarkan diri pada jam 1 petang dan adiknya, Ayu terus menghubungi talian kecemasan bila melihat anaknya tidak sedarkan diri.

Jenazah sebelum ini telah menjalani proses bedah siasat di Unit Jabatan Forensik, Hospital Rembau pada Selasa sebelum dibawa ke kediaman Zaquan untuk pengurusan terakhir Allahyarham.

Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi

Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuhnya itu pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.

Bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha reda dengan pemergian anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia pada Selasa.Reda pemergian anak bongsu

Menurut Zaquan, buat masa ini dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan secara terperinci dan mahu memberikan fokus untuk menyelesaikan segala urusan terlebih dahulu.

“Buat masa sekarang ini saya tak boleh beritahu lagi, balik nanti baru saya nak selesaikan semua benda,” katanya.Zaquan berkata demikian ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Rembau, Negeri Sembilan sebentar tadi.

Jenazah anak bongsunya akan dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan esok.

Terdahulu, Zaquan berkongsi khabar duka kehilangan anak bongsunya itu menerusi hantaran di Instagram Storiesnya pada Selasa.

Manakala, Rozita menerusi kiriman teks kepada media memberitahu kejadian yang berlaku sekitar tengah hari Selasa difahamkan akibat meninggal dunia ketika tidur.
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuhnya itu pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.

Kakak kepada pelakon Ayu Raudhah, jelitawan Rozita Che Wan berkongsi perkembangan terkini insiden anak saudaranya, Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha yang meninggal dunia pada Selasa.Meninggal dunia dalam tidur

 

Jelas Che Ta, berita diterima daripada Ayu menyatakan anak kepada pasangan itu meninggal dunia sekitar tengah hari tadi.

“Arwah meninggal dunia sekitar pukul 1 tengah hari tadi ketika di rumah. Ayu panggil ambulans sebab tengok baby sudah tak sedarkan diri, meninggal dunia dalam tidur.

“Jenazah sekarang masih di Hospital Rembau dan harap dapat dikebumikan pada malam ini,” kongsinya.Setiap minggu datang tidur rumah

Che Ta menyifatkan Aisy seorang bayi yang baik dan rapat dengannya sejak dilahirkan. “Dia baby yang baik amat-amat. Mereka kan selalu datang tidur di rumah jadi memang rapatlah dengan baby. Boleh kata setiap minggu depa mai tidur rumah.
“Hari ni genap usia enam bulan sembilan hari,” tambah Che Ta.

Terdahulu, Zaquan berkongsi khabar duka itu menerusi hantaran di Instagram Storiesnya pada Selasa.

 Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuh pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts