“Afham pernah cakap dia nak jadi terkenal. Satu Malaysia kenal adik Kekfa sekarang tapi bukan begini Am. Bukan begini. Allah.”
Ini yang ditulis Efahanie, kakak kepada penyanyi, Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar di platform X yang mayatnya ditemui di Sungai Klang, Klang kira-kira jam 7 malam semalam selepas dilaporkan hilang malam kelmarin.
Efahanie yang dipanggil Kekfa oleh Afham berkata, walaupun reda dengan apa yang berlaku, namun kenyataan adiknya kini sudah meninggal dunia berat untuk diterima.
Katanya, Afham ada menyimpan impian untuk menjadi terkenal. Namun, dia tidak menyangka Afham kini dikenali di seluruh negara dengan cara begini (meninggal dunia
“Semalam, waktu begini kita dah di luar aktif mencari semua tempat, moga dapat jumpa Am semula. Sampai petang Kekfa ada di sungai rasa tak ada hala tuju.
“Kami doa agar Allah tunjukkan di mana Am berada. Mulut Kekfa kata reda kalau Am dah tak ada. Sekarang reda itu berat Am.
“Kekfa masih semangat nak keluar pagi ini sambung cari Am lagi. Kekfa masih harap semua ni tak jadi. Di mana lagi Kekfa perlu cari Am. Bukan begini, kan,” tulisnya.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang, petang semalam adalah Afham.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.
Terdahulu Harian Metro melaporkan mangsa dilaporkan hilang 7.45 petang kelmarin.
Penyanyi berusia 23 tahun itu dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam.
Bagaimanapun dompet dan telefon bimbit Nidza Afham itu ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.
Nidza Afham yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.
Penyanyi, Aufahanie, 21, memohon agar orang ramai tidak berkongsi gambar mayat abangnya, Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemui di Sungai Klang di Klang, semalam.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Aufa turut meminta orang ramai menghormati perasaan keluarga mereka dalam situasi sekarang.
“Tolong. Tolong. Jangan kongsi gambar arwah abang saya yang ditemui ke media sosial anda. Sila turunkan, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” tulisnya.
Di Instagram Story juga, Aufa memuat naik beberapa hantaran berupa gambar dan video kenangan dia bersama Afham yang dipanggil Am antaranya ketika mereka masih bayi dan ketika Afham menemaninya ketika membuat persembahan.
“I love you, Am. Bahagialah di Syurga Firdausi.
“No more random and funny videos with you. No more forcing you to do cringey poses with me,” tulis Aufa.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang, petang semalam adalah Muhammad Nidza Afham Mokhtar.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.
Terdahulu Harian Metro melaporkan mangsa dilaporkan hilang 7.45 petang kelmarin.
Penyanyi berusia 23 tahun itu dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam.
Bagaimanapun dompet dan telefon bimbit Nidza Afham itu ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.
Nidza Afham yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.
“Ketika melaungkan azan, saya masih berharap anak saya masih ada,” kata Mokhtar Mahmud, 57, ayah kepada Allahyarham Muhammad Nidza Afham yang mayatnya ditemukan di Sungai Klang, petang tadi.
Mokhtar yang juga seorang guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan TTDI Shah Alam di sini itu berkata, dia melaungkan azan kira-kira jam 3 petang di atas jambatan anaknya dipercayai hilang.
“Saya reda dengan pemergian arwah anak saya. Semasa azan petang tadi (semalam), saya harap Am (nama panggilan Nidza Afham) dapat dijumpai.
“Tapi apabila anak dijumpai (dalam keadaan sudah tiada), saya reda dan harap Allah ampunkan dosanya,” katanya ketika ditemui di lokasi berhampiran mayat anaknya ditemui, malam ini.
Mayat Nidza Afham ditemukan berhampiran Jalan Tepi Sungai, Solok sungai, Taman Telok Pulai Indah kira-kira 7 petang.
Mokhtar berkata, dia menerima panggilan memaklumkan penemuan itu jam 7.30 petang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Saujana Utama, Sungai Buloh.
“Salah seorang anak memberitahu polis ada menemui satu mayat dipercayai anak Am, Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya ketika itu.
“Tibanya di lokasi, ahli keluarga mengesahkan jasad itu adalah anak saya berdasarkan wajah dan baju yang dipakainya.
“Itu memang Am (ketika diminta membuat pengecaman), anak lelaki saya,” katanya sebak.
Berkongsi keperibadian arwah, Mokhtar berkata anak kelima daripada tujuh beradik itu seorang anak yang baik dan sering membantu adik beradiknya.
“Saya sifatkan Am sebagai anak yang sangat mendengar kata dan tidak berat untuk membantu adik beradiknya yang lain, kali terakhir saya menemuinya ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi anak lelaki bulan lalu.
“Kali terakhir saya berhubung dengan Am menerusi WhatsApp petang semalam, ketika itu Am menyatakan mahu memberikan sejumlah wang saku kepada saya” katanya.
Dalam pada itu, beliau, menyerahkan segala urusan berkaitan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.
“Apa yang boleh saya katakan, Am sudah sudah ditemui, saya serahkan sepenuhnya kepada polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong ketika ditemui di lokasi penemuan mayat memberitahu mayat mangsa ditemukan seorang pemancing yang juga lelaki warga tempatan kira-kira dua kilometer dari lokasi jambatan.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis sedang menunggu hasil laporan bedah siasat hospital,” katanya.
Media sebelum melaporkan ini, Nidza Afham dipercayai keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri sebelum kehilangan disedari pada jam 9 malam semalam.
Adiknya Afrina Hanie mendakwa kehilangan abangnya berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai manakala, kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet tidak terusik ketika ditemui di atas Jambatan Sungai Klang.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.