Jumlah undian Aina Abdul jadi perhatian

PENYANYI Aina Abdul diumumkan sebagai penerima trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Paling Popular BH ke-36 (ABPBH36) yang berlangsung pada malam Jumaat. Bersyukur atas kemenangan itu, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, yang menerima lebih 8 juta undian menunjukkan trofi utama itu kepada ibu dan kelab peminatnya.

“Terima kasih kepada ibu saya, kelab peminat, Aination. Ini untuk semua usaha anda mengundi saya tanpa jemu. “Satu pesanan saya, jangan putus asa,Allah SWT sentiasa ada untuk hambaNya yang berusaha,” ucapnya. Selain trofi dan kepingan bar emas seberat 18 gram, pelakon itu turut membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah jenama Toyota Harrier yang ditaja oleh penaja, Conboo.

Selain itu, Aina juga merangkul anugerah Penyanyi Wanita Popular pada malam berkenaan. Sementara itu, komposer S. Atan menerima anugerah khas, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ahli politik yang juga penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin menepati ramalan dengan muncul sebagai pemenang bagi kategori Penyampai Radio Popular menumpaskan empat calon lain iaitu DJ Sonic, Haiza, Sharifah Shahirah dan Tyzo.

Bagi kategori Aktor Filem Popular dimenangi pelakon Aedy Ashraf manakala Aktres Filem Popular milik Fasha Sandha. Sementara itu, pelakon Raja Ema membuat kejutan apabila muncul sebagai pemenang Aktres Pembantu Filem Popular menewaskan empat calon muda disamping Alif Hadi yang memenangi bagi kategori lelaki. Antara barisan artis yang akan membuat persembahan semasa malam kemuncak ialah De Fam, Hazama, Ernie Zakri, Zamani, Marsha Milan, Kumpulan Spider, Haqiem Rusli, Usop, Syamel dan Hael Husaini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.