Selepas 12 Jam pencarian, Akhirnya Polis sahkan ini berlaku dgn mangsa tanah mendap..

Wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang benam berhampiran Masjid India, di sini dipercayai dihanyutkan oleh arus deras di bawah tanah. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) wanita

berusia 48 tahun terbabit memerlukan perancangan rapi berikutan membabitkan infrastruktur awam.

Menurutnya, pelbagai faktor perlu diambil kira termasuk faktor keadaan gas di bawah tanah justeru setiap tindakan yang diambil perlulah berstrategi dan dirancang rapi demi keselamatan semua.

“Saya difahamkan ada aliran air yang deras sampai ke hujung sana (jalan) dan kita dah cover (cari) tengok sampai ke hujung tetapi tidak jumpa. “Kita sekarang (SAR) ikut peringkat dan perbincangan dibuat dengan pihak Indah

Water Konsortium (IWK) dan agensi berkenaan berhubung pelan (infrastruktur) sebab kita tidak boleh buat sesuka hati.

“Saya dimaklumkan jika kita buat penutupan (paip/parit) dikhuatiri mungkin akan berlaku banjir di lokasi,” katanya pada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi kejadian mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras berikutan tidak kelihatan sejurus terjatuh ke dalam lubang benam itu.

Rusdi berkata, operasi mencari dan menyelamat SAR pada awalnya memfokuskan di lokasi di mana mangsa terjatuh dan dipercayai wanita itu hanyut berikutan menemui ruangan air di bawah tanah.

Katanya, mangsa bersama beberapa ahli keluarga datang melancong ke Malaysia sejak hampir dua bulan lalu dan bercadang untuk terbang pulang ke India esok. “Kita sediakan pegawai yang boleh berbahasa India (tamil) dan kita maklumkan (perkembangan) dari masa ke semasa dan kita akan maklumkan kepada pihak kedutaan untuk sambung visa mereka.

“Kita kena sambung sehingga mangsa ditemui jadi mereka (ahli keluarga)perlu berada di sini,” katanya.

Mengulas lanjut Rusdi berkata, sebarang penutupan jalan atau operasi premis bergantung atas saranan agensi terbabit dan individu yang pakar dalam bidang berkenaan. Katanya, kejadian tanah mendap pernah berlaku berhampiran lokasi kejadian itu bagaimanapun kerosakan sudah dibaiki oleh pihak berwajib.

“Ini kes terpencil dan kita pun tidak pernah berlaku (insiden) seperti ini di kawasan ini atau kawasan lain (di Kuala Lumpur).

“Saya percaya dengan kerjasama semua pihak kita mampu menemui mangsa kita berdoa supaya mangsa selamat,” katanya.

Sementara itu, operasi SAR diteruskan menggunakan jengkaut walaupun keadaan hujan lebat di lokasi setakat jam 5.30 petang.

Peniaga di sekitar kawasan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India mahu pihak berkuasa melakukan pemantauan berterusan di tempat berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya memandangkan bukan kali pertama kes seperti itu berlaku.

Peniaga minyak wangi Hanif Nazrin, 27, mendakwa kejadian sama pernah terjadi beberapa kali sebelum ini dengan terbaharu pada Jun lalu menyebabkan pihak berkuasa menutup jalan berkenaan selama sebulan sebelum dibuka semula beberapa minggu lepas.

“Mendapan itu juga menyebabkan kejadian paip pecah sehingga menjejaskan aktiviti perniagaan di kawasan berhampiran jadi kita bimbang dengan kejadian yang sama berterusan, dan mahu pihak berkuasa ambil tindakan segera untuk mengatasinya,” katanya.

Nazrin berkata semasa kejadian tanah jerlus berlaku di hadapan kedainya pada 8.30 pagi tadi, kedainya masih belum beroperasi dan hanya mengetahui perkara itu sebaik tiba di kedainya.

Bagaimanapun, beliau akur apabila pihak berkuasa mengarahkannya serta beberapa peniaga lain di kawasan berhampiran menutup sementara operasi bagi membolehkan kerja-kerja mencari dan menyelamat dijalankan.

Peniaga pakaian Mohammed Mahathir, 45, turut senada dengan Hanif yang mahu pihak berkuasa menjalankan pemantauan berterusan memandangkan kawasan itu menjadi antara tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Pihak berkuasa akan datang buat pemantauan apabila ada laporan atau paip pecah namun tidak disusuli dengan pemeriksaan lain sedangkan perkara ini melibatkan soal keselamatan.

“Ini kawasan pelancong dan orang tempatan juga selalu datang membeli-belah di sini, jadi pihak berkenaan perlu sentiasa mengambil berat tentang keselamatan dan keperluan di kawasan ini, ” katanya yang sudah menetap di Jalan Masjid India sejak berusia lima tahun.

Selain itu, Mohd Fairuz Siddiq Firdaus, 24, yang bekerja di premis pengurup wang sejak dua tahun lepas berkata kejadian banjir kilat akibat limpahan air Sungai Klang sering berlaku menyebabkan dia risau kejadian tanah mendap akan menjadi lebih teruk berikutan hujan lebat sejak kebelakangan ini.

“Kita risau, jika tiada pemeriksaan rapi dilakukan selepas ini oleh pihak berkuasa yang berkaitan, hal yang lebih serius akan berlaku,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati operasi mencari dan menyelamat seorang wanita warga India yang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah jerlus itu masih giat dilakukan anggota penyelamat.

Walaupun hujan lebat, operasi mengorek kawasan mendapan tetap diteruskan dengan menggunakan dua jentera pengorek.

MALANG tidak berbau, seorang wanita dipercayai terjatuh dan tertimbus di bawah tanah mendap sedalam kira-kira 10 meter, dalam satu kejadian dekat Masjid India, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Mangsa merupakan warga asing yang juga pelancong dari India terjatuh ketika berjalan kaki di kawasan berkenaan, kira-kira pukul 8 pagi.

Usaha pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.

Dilaporkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sedang giat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyatan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.22 pagi.

Menurutnya, seramai 15 anggota pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan bantuan daripada Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Mohd Riduan Akhyar mengesahkan terdapat seorang mangsa wanita terjatuh ke dalam lubang yang tertimbus di bawah tanah.

“Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Unit Pengesan (K9) turut dikerah ke lokasi kejadian,” katanya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.