“Dia dah mniggl bberapa hari..”- Badan mereput, Ramai terkejut Polis dedah keadaan m4yat Farah..

Mangsa bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di Hulu Selangor, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan keadaan mayat mangsa.

Ketika mayat mangsa ditemukan, keadaannya sudah hampir reput kerana sudah meninggal dunia beberapa hari. Jadi, belum dapat dipastikan kecederaan yang ada (pada mangsa),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk polis menyimpulkan motif sebenar di sebalik pembunuhan itu.

Katanya, tiada sebarang penemuan senjata pembunuhan di lokasi kejadian buat masa ini dan proses bedah siasat masih berlangsung bagi mengenal pasti punca kematian.

Terdahulu, Hussein mengesahkan penjawat awam yang ditahan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini adalah anggota polis.

Hussein dilaporkan berkata, suspek berusia 26 tahun dipercayai teman lelaki mangsa adalah seorang anggota polis yang bertugas di Perak.

Berang kerana diugut untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isteri suspek dikatakan menjadi punca bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dibunuh.

Sumber berkata, konflik percintaan antara suspek dan Farah Kartini berlarutan selepas mangsa mendesak suspek supaya berkahwin dengannya.

“Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek.

“Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan berkenaan. Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan dalam parit berhampiran mayat ditemui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek yang juga anggota polis adalah teman lelaki kepada mangsa.

Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

“Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.

Semalam, Nur Farah yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

Mayat gadis berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Hussein dilaporkan berkata, pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

Beliau dilaporkan berkata, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts