“Skrg dia tdk stabil..”- Dedah kjadian brlaku dgn kekasih arwh.. ini prkongsian adik Afham..

Teman wanita Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang dikenali sebagai Miera adalah orang terakhir dihubungi Afham sebelum dia dilaporkan hilang, kelmarin.

Adiknya yang juga penyanyi, Aufahanie berkata, mereka sekeluarga berterima kasih kepada Miera kerana dia yang memaklumkan mengenai kehilangan abangnya.

“Dia tak jangka langsung menjadi orang terakhir yang berhubung dengan abang. Kalau bukan sebab dia, kami mungkin tak sedar dia hilang.

“Waktu kami sedar pun sudah jam 1.30 pagi. Umi (ibu) dan adik dah tidur. Jadi, kalau sampai bangun pagi tak perasan dia tak ada dalam bilik, memang tak sedarlah.

TEMAN wanita Allahyarham Nidza Afham dikenali sebagai Hazmiera berada dalam keadaan tidak stabil susulan masih belum dapat menerima hakikat pemergian penyanyi berkenaan.

Adik Allahyarham iaitu Nur Aufahanie Mokhtar, 21, berkata, wanita berkenaan adalah orang terakhir yang menerima mesej dan individu pertama mendapat tahu kehilangan Nidza.

Disebabkan Hazmiera juga kata Aufa, mereka sekeluarga bertindak pantas mencari arwah sejak awal pagi Rabu.

“Dia (Hazmiera) tidak jangka langsung dan dia adalah orang terakhir dapat mesej daripada abang (Nidza) dan orang pertama tahu dia hilang.