KEMATIAN penyanyi Nidza Afham yang ditemukan sudah tidak bernyawa di Sungai Klang pada petang Rabu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Perkara itu dimaklukam Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan selepas bedah siasat terhadap Allahyarham Nidza, 23, didapati tiada sebarang kecederaan fizikal.
Bagaimanapun pihaknya masih menanti laporan siasatan makmal bagi mengenal pasti punca kematiannya.
“Bedah siasat dijalankan pada jam 11 pagi sehingga 3 petang ke atas mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar.
“Kita masih menunggu laporan siasatan makmal bagi mengenal pasti punca kematian dan tiada kecederaan fizikal.
“Siasatan diteruskan sebagai SDR,” katanya.
Dalam pada itu, Hussein menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut tampil dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Mayat Allahyarham Nidza atau Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, ditemukan di Sungai Klang pada pukul 7 petang Rabu selepas hampir 24 jam dilaporkan hilang.
Jenazah kemudiannya di bawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam di Shah Alam selepas solat Asar.
JENAZAH Allahyarham penyanyi Nidza Afham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam di Shah Alam, pada pukul 6.32 petang Khamis.
Dianggarkan seramai 400 orang keluarga dan sahabat andai hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allayharham.
Upacara pengebumian tersebut turut dikawal oleh beberapa anggota polis di kawasan tanah perkuburan.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Puncak Alam di Shah Alam.
Mayat Allahyarham Nidza atau Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, ditemukan di Sungai Klang pada pukul 7 petang Rabu selepas hampir 24 jam dilaporkan hilang.
Jenazah kemudiannya di bawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.
Bagaimanapun polis mengklasifikasikan kematian Allahyarham sebagai mati mengejut (SDR).
Berita kehilangan Nidza tular selepas adik perempuannya yang juga penyanyi Aufahanie berkongsi di media sosial memohon bantuan orang ramai mencari abangnya.
Allahyarham dilaporkan keluar dari rumahnya sekitar pukul 7.45 malam untuk berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.
Nidza bagaimanapun gagal dihubungi sebelum teman wanitanya berjaya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang.
Keluarga yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menemui telefon dan dompet milik mangsa.
Rakaman CCTV yang berjaya diperoleh juga berjaya mengesan seorang lelaki memakai jersi bernombor 56 dipercayai Nidza sedang berjalan di sekitar kawasan Masjid India Muslim Tengku Kelana di Klang.

NENEK kepada Allahyarham Nidza Afham menangis kerana tidak dapat menatap wajah jenazah cucunya buat kali terakhir.
Keputusan ahli keluarga yang mahu bergegas ke masjid bagi mempercepatkan urusan pengebumian menjadi salah satu faktor.
Perkara itu dimaklumkan abang ipar kepada Allahyarham iaitu Muhammad Effrie Amron, 34, yang memohon maaf kepada neneknya dan ahli keluarga lain.
Tidak dapat menahan kekecewaan itu, nenek arwah hanya mampu mengalirkan air mata atas keputusan yang dibuat.
Bagaimanapun, nenek arwah hanya sempat melihat dan memegang keranda yang sudah dimasukkan ke dalam van jenazah.
Jenazah Allahyarham Nidza dibawa ke ke Masjid Puncak Alam di Shah Alam untuk disembahyangkan.
Seterusnya jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam bagi urusan pengebumian.
Sementara itu, keputusan bedah siasat ke atas Nidza Afham, 23, yang dijalankan di Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam masih dalam siasatan pihak berkuasa dan akan dimaklumkan kemudian.
Proses bedah siasat yang dijalankan bermula sekitar 11:30 pagi sehingga selesai pad pukul 4 petang.
Pada Rabu, berita kehilangan Nidza dikongsi sendiri oleh adiknya yang juga penyanyi Aufahanie yang memohon bantuan orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat berkaitan kehilangan abangnya itu.
Namun tidak sampai 24 jam pencarian, Allahyarham ditemukan sekitar pukul 7 malam kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.
Penemuan arwah itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memberitahu mayat lelaki ditemukan di sekitar jambatan Sungai Klang adalah Nidza.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.