Brhenti buat live,Ramai setuju apa yg Sharnaaz cakap. Tak sangka Rupanya Ramai perasan msa live smlm

Bukan sahaja netizen, malah pelakon Sharnaaz Ahmad turut meluahkan rasa bimbang melihat keadaan usahawan Ridzuan Ridzokumura dan anaknya, Sky Taizo Okumura selepas pemergian insan tersayang.

Berehat dari media sosial. Menerusi komen yang ditinggalkan Sharnaaz menitipkan nasihat kepada Ridzuan agar untuk berhenti seketika membuat siaran langsung di laman sosial.

Sharnaaz berharap Ridzuan juga mengambil masa untuk mengumpul semangat dan bangkit semula dengan lebih kuat selepas ini.

“Sangat setuju. Berhenti buat live. Bangkit semula abang. Orang yang simpati ini lebih kepada nak tahu cerita saja. Jadi, abang yang saya sayang, sayang awak berdua.

“. Kumpul semangat dan ambillah masa lama pun. Dan kembali dengan lebih kuat,” kata Sharnaaz.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh pelakon filem Polis Evo 3 itu dan berharap Ridzuan dapat berehat seketika dari media sosial.

Semenjak pemergian isteri kepada Ridzuan

Ridzokumura iaitu Akiko Okumura pada Jumaat lalu, kehidupan usahawan itu sentiasa menjadi perhatian warganet di laman sosial.

Apa saja yang dikongsikan Ridzuan terutama berkaitan anak mereka iaitu Sky Taizo Okumura, 13 tahun yang kini masih terkesan dengan pemergian ibu tercinta juga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ada yang turut berasa sebak dan sedih melihat keadaan emosi Sky yang masih belum stabil selepas kehilangan ibu tercinta.

Bagaimanapun terdapat segelintir netizen yang berharap Ridzuan memberi ruang kepada anak lelakinya untuk bersedih secara privasi tanpa menayangkannya di laman sosial.

sumber : GEM PAK

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts