Seremban: Jenazah anak bongsu bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak dan Ayu Raudhah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, di sini, jam 9.30 pagi tadi.

Terdahulu jenazah Muhammad Aisy Al Rees Zaquan Adha yang berusia enam bulan disembahyangkan di kediaman mereka di Taman Sri Pulai, Sikamat, di sini sebelum dibawa ke tanah perkuburan dan tiba jam 9.14 pagi.

Zaquan Adha Abdul Radzak ketika ditemui dilihat sukar untuk menyembunyikan perasaan sedihnya dan tidak dapat berkongsi banyak kata-kata dengan wartawan yang berada di lokasi.

Berkongsi respons abang dan kakak kepada bayi berkenaan, Zaquan Adha berkata, pada mulanya anak-anaknya terkejut dengan kejadian itu dan bertanya apa yang sebenarnya terjadi.
“Mula-mula mereka terkejut, menangis… tak dapat terima, sampai hari ini tanya ‘baby’ Aisy pergi mana… nak pergi mana.
“Jadi saya cakap dia akan ke syurga. Insya-Allah dia akan tarik kita semua ke sana,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan bayinya sebelum kejadian, Zaquan Adha tidak dapat berkongsi banyak maklumat, namun memaklumkan anak bongsu daripada tujuh beradik itu dalam keadaan sihat dan baik.
“Saya minta doa daripada semua supaya saya dan isteri kuat. Kami ada anak ramai, setiap anak ada perangai masing-masing.
“Mungkin ini yang terbaik buat kami… ada hikmah disebaliknya, tidak akan kongsi dengan semua. Sebab baru lagi, kami pun masih dalam keadaan terkejut,” katanya.
Sementara itu, Ayu Raudhah berkata, dari lahir sehingga menghembuskan nafas terakhir, anaknya itu tidak pernah menyusahkan.
“Dia memang baik luar biasa. Setiap saat dia bersama saya, adalah kenangan terindah. Dia hanya pinjaman dan bila-bila masa boleh diambil,” katanya.
Turut kelihatan di tanah perkuburan adalah pelakon Che Ta dan suaminya Zain Saidin, Lan Pet Pet, jurulatih Datuk Dollah Salleh, Datuk Zainal Abidin Hassan serta beberapa pemain bola sepak.
Petang semalam, Sebelum ini, bayi terbabit dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) selepas dipercayai tidak sedarkan diri ketika tidur di rumahnya, jam 1 tengah hari.
Sumber : hmetro
Please wait while you are redirected...or
Click Here if you do not want to wait.