Petang semalam, pihak polis telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa suri rumah Jepun yang ditemui tertiarap atas tanah di sebuah perumahan bertingkat di Subang Jaya tempoh hati adalah isteri kepada Ridzokumura iaitu Akiko Okumura.
Sebentar tadi, usahawan salon rambut itu tampil mendedahkan detik-detik hiba tersebut.
Abang kejutkan dia, honey, wakeup! Tapi dia tak
bangun…Abang ambil tuala & tutup isteri abang
Pada awal pagi sebelum tubuh Akiko ditemui dalam keadaan menyayat hati, 2 beranak itu tidak melihat kelibat wanita itu langsung dalam rumah mereka.
Sky yang sedang bersiap-siap untuk ke sekolah pula beranggapan kemungkinan ibunya pergi ke gerai runcit sebentar. Namun entah mengapa, Ridzokumura tiba-tiba merasai sebuah firasat kurang enak dan segera memanjat tingkap untuk menjengah ke bawah.
Ternyata benar, tubuh isteri tercinta sudah tertiarap di atas tanah.
Dia pergi secara cantik… Dia adalah bidadari syurga
Hingga kini, mereka masih tidak tahu perkara sebenar yang dialami oleh Allahyarhamah Akiko pada pagi tersebut.
Meskipun netizen membuat pelbagai spekulasi termasuklah dakwaan Akiko menamatkan hayat sendiri, lelaki ini yakin isterinya tidak akan berbuat sebegitu.
Sebaliknya, dia merasakan kemungkinan Akiko tergelincir ke bawah dengan sendiri. Abang minta tolong, jangan cakap bukan-bukan… Abang dah cerita A to Z
Apa yang menyedihkan, Ridzokumura kemudiannya menemui nota Akiko yang sudah menulis segala menu sahur yang bakal disediakan untuk Sky sepanjag bulan Ramadan. Namun apakan daya, takdir Allah mengatur pemergiannya menjelang Ramadan.
Dengan penjelasan ini, Ridzokumura berharap netizen tidak lagi melemparkan komen bukan-bukan tentang kehidupan keluarga mereka.
Sumber : Kisah dunia
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.