Slepas Mayat ditemui di prkampungan orang Asli. Akhirnya terjwb, ini Motif sebenar Nuraina Humaira dibnuh..

Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ditemui mati di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di sini pada Sabtu.

Mayat Nuraina Humaira Rosli, 10, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya berhampiran perkampungan itu dengan jarak antara 50 hingga 100 meter dari rumah terakhir di perkampungan terbabit.

“Pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan ke atas tubuh badan mangsa yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

Bagaimanapun kita masih menunggu laporan hasil bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata, maklumat kehilangan mangsa diterima daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) kira-kira jam 1.20 pagi.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya digerakkan dalam radius 2 kilometer dengan bantuan unit anjing pengesan K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Orang awam yang turut menyertai operasi ini berjaya menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan itu.

“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa sebelum mayat dibawa ke Hospital Sungai Siput bagi proses bedah siasat,” katanya.

Mohd Khaizam berkata, berdasarkan maklumat diterima, mangsa telah pergi ke kedai seorang diri kira-kira jam 3 petang pada hari kehilangannya bagi membeli ayam.

Mangsa bagaimanapun pulang dengan tangan kosong kerana kehabisan ayam di kedai, sebelum bapa saudara menyuruhnya menunggu seketika untuk mengajaknya ke kedai lain.

“Bapa saudara kanak-kanak itu memintanya menunggu sekejap sementara dia menghabiskan kerja.

“Sepanjang temopoh menunggu itu, mangsa didapati sedang bermain buaian di kawasan itu, namun bila bapa saudara keluar dari rumah didapati mangsa sudah tiada,” katanya.

Polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di sini, Sabtu lalu dirogol sebelum dibunuh.

Polis mengesyaki kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di kawasan berpaya di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, mungkin dirogol sebelum dibunuh.
Bedah siasat menunjukkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan dan kecederaan akibat tekanan pada leher mangsa.
Kes diklasifikasikan semula sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, bedah siasat yang dijalankan ke atas Nuraina Humaira Rosli, 10, mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluannya.

Menurutnya, laporan sama juga menunjukkan kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher mangsa.
“Kes ini telah diklasifikasikan semula sebagai bunuh dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di sini pada Ahad. –

Penduduk tak akan pergi ke kawasan itu dan kami melarang ahli keluarga ke sana kerana banyak binatang berbisa. Saya pasti dia tak ke sana seorang diri.”

Itu kata-kata Rosli Mahadi, 48, bapa kepada Nuraina Humaira Rosli, 10, yang mayatnya ditemukan petang semalam dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, di sini selepas dilaporkan hilang semalaman.

Rosli berkata kawasan berpaya yang berjarak kira-kira 100 meter dari rumahnya itu sangat jarang dikunjungi penduduk, malah peringatan serupa turut dimaklumkan kepada anaknya itu.

Justeru dia yakin Nuraina Humaira tidak berseorangan pergi ke lokasi berkenaan.

“Kawasan berpaya itu jarang dilalui orang sebab berair, dan hendak bercucuk tanam pun tidak sesuai di situ malah memang di situ banyak ular berbisa.

“Atas faktor itu pencarian penduduk kampung pada mulanya tidak meliputi kawasan paya itu, sebab semua penduduk sudah sedia maklum tempat itu banyak ular.

“Lagipun selalunya kalau dia (Nuraina Humaira) ke mana-mana memang dia akan maklumkan pada keluarga, selalunya kepada emaknya,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sungai Siput, di sini hari ini.

Rosli berkata, pada hari kejadian dia sedang menjalankan tugas sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Lasah, di sini iaitu berjarak kira-kira 28 kilometer daripada perkampungan itu dan kehilangan anaknya dikatakan sewaktu penduduk kampung selesai mendirikan solat Jumaat di surau berhampiran rumahnya

Tengah hari itu memang anak ada diminta ibunya supaya membeli barang di kedai dan memang ada orang kampung nampak dia bermain berdekatan kawasan surau dalam menjadi kelaziman masyarakat kampung kami untuk mengadakan jamuan di surau setiap minggu selesai sahaja solat Jumaat.

“Ada yang nampak anak saya bermain berseorangan di luar pagar surau ketika jamuan mingguan itu berlangsung dalam kawasan surau,” katanya

Rosli berkata anak sulung daripada dua beradik itu disifatkan agak pemalu dan sangat manja dengannya kerana satu-satunya anak perempuan.

“Dia pemalu dan sebagai anak perempuan merajuk itu perkara biasa yang saya sebagai ayah akan pujuk balik, bahkan dia sering bermanja bersama saya…. Biasanya kalau saya balik dari kerja dia akan minta pinjam telefon bimbit saya, hendak tengok ‘YouTube’ dan kartun katanya.

“Dia pergi dulu mungkin (tanda) Allah sayangkan dia. Patutnya saya yang Allah panggil dulu kerana dia budak masih kecil…. saya terima kenyataan dan reda,” katanya.

Setakat jam 5 petang hari ini, keluarga mangsa masih dalam proses menuntut jenazah di Hospital Sungai Siput sebelum mangsa dibawa pulang ke Kampung Bersah untuk dikebumikan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata maklumat kehilangan mangsa diterima kira-kira jam 1.20 pagi semalam selepas dikatakan tidak pulang sejak petang Jumaat.

Murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu dijumpai jam 4.20 petang semalam selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dimulakan pada pagi semalam.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.