Selepas Mayat di temui di jambatan sungai Klang, Tak sngka ini Motif sbnar Nidza Afham dibnuh..

Kehilangan penyanyi Nidza Afham Mokhtar, 23, didakwa berkaitan dengan kes samun.

Adiknya, Afrina Hanie Mokhtar berkata, polis mempercayai kehilangan Nidza Afham berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai. Manakala, kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet milik bekas peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga itu tidak berusik.

Afrina berkata, penemuan dompet dan telefon bimbit Nidza Afham atas Jambatan Sungai Klang juga berada dalam keadaan pelik.

“Pelaku meninggalkan dompet dan telefon bimbit Nidza Afham di tengah jambatan dalam keadaan tersusun.

“Mereka tidak mengambil telefon bimbit, mungkin tak mahu dikesan. Barang milik Nidza Afham ditemui dua lelaki yang juga penarik kenderaan.

“Mereka berhenti kerana menyangka kenderaan yang saya naiki bersama ibu rosak. Ketika barang Nidza Afham ditemui, kami lega kerana menyangka ada harapan untuk menemuinya.

“Namun, malangnya, Nidza Afham gagal dikesan dan kami terus membuat laporan polis,” kata Afrina.

Afrina berkata, abangnya tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa termasuk keluarga dan teman wanita.

Selain itu, katanya, abangnya juga tidak mempunyai sebarang masalah membabitkan wang.

“Mujur saya tahu kata laluan telefon bimbitnya. Jadi, saya tahu jam berapa abang keluar dan sebagainya.

“Dia juga sudah selesai berjogging sebelum hilang. Ini kerana saya sudah periksa aplikasi di telefon bimbitnya,” katanya.

Sehingga kini, Afrina berkata, mereka sekeluarga masih tidak berputus asa mencari abangnya biarpun laporan polis sudah dibuat dan kes sedang dalam siasatan.

“Kami masih terus berikhtiar mencari Nidza Afham dan belum tidur sejak semalam,” katanya.

Terdahulu, Nidza Irfan dikatakan keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri sebelum kehilangan disedari dalam jam 9 malam semalam.

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa berhampiran jambatan Sungai Klang di sini.

Menurut JBPM Selangor, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.

“Serah kepada pihak polis,” katanya kepada media selepas ditanya sama ada mayat lelaki itu dipercayai penyanyi, Nidza Afham Mokhtar.

Sebelum ini dilaporkan kehilangan Nidza Afham didakwa berkaitan dengan kes samun.

Adiknya, Afrina Hanie Mokhtar berkata, polis mempercayai kehilangan Nidza Afham berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai manakala, kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet milik bekas peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga itu tidak berusik.

Afrina berkata, penemuan dompet dan telefon bimbit Nidza Afham atas Jambatan Sungai Klang juga berada dalam keadaan pelik.

Penyanyi Aufahanie memohon orang ramai mendoakan agar abangnya, Nidza Afham Mokhtar, 23, yang hilang sejak malam tadi agar segera ditemui.

Aufahanie berkata, abangnya yang juga seorang penyanyi keluar ke Stadium Sultan Suleiman, Klang sekitar jam 7.54 malam dengan menaiki e-hailing untuk berjogging.

Bagaimanapun, katanya, dia gagal dihubungi selepas jam 9.13 malam.

“Teman wanita abang, Miera memaklumkan kepada adik yang dia gagal menghubungi Nidza Afham apabila panggilan serta WhatsApp tidak berjawab.

“Jadi, Miera hubungi adik minta tolong tengokkan sama ada abang sudah pulang ke rumah.

 

“Bila adik periksa di biliknya, abang masih belum pulang dan mereka kemudian menggunakan aplikasi pencarian telefon bimbit lalu mendapati abang berada di Jambatan Sungai Klang,” kongsi Aufahanie.

Menurut Aufahanie, ibu dan adiknya bergegas ke jambatan berkenaan untuk mencari abangnya, tetapi gagal.

“Ketika ummi dan adik sedang sibuk mencari, ada dua lelaki datang menegur kerana mereka menyangka kereta ummi rosak apabila diletakkan di bahu jalan berhampiran jambatan.

“Mereka turut tolong mencari abang dan menemui telefon bimbit serta dompetnya sekitar jambatan, tetapi kad debit dan wang tunai tiada.

“Selepas itu barulah ummi dan adik maklumkan dalam kumpulan WhatsApp keluarga bagi memaklumkan kehilangan abang.

“Jadi, saya minta ummi dan adik terus buat laporan polis, semalam. Sejak jam 1 pagi hingga sekarang, kami masih lagi tak berputus asa mencari abang,” katanya.

Kata Aufahanie, abangnya tidak menunjukkan perilaku pelik sebelum kehilangannya.

“Setiap hari kami berborak, saya dan abang gemar menghantar video TikTok kelakar antara satu sama lain, jadi saya tak nampak ada apa-apa perubahan kepada abang.

“Saya mohon doa semua agar abang saya dapat ditemui,” katanya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.