Akhirnya 3 ahli keluarga Afham kini dipanggil P0lis dan disahkan ini yg berlaku..

TEMAN wanita Allahyarham Nidza Afham dikenali sebagai Hazmiera berada dalam keadaan tidak stabil susulan masih belum dapat menerima hakikat pemergian penyanyi berkenaan.

Adik Allahyarham iaitu Nur Aufahanie Mokhtar, 21, berkata, wanita berkenaan adalah orang terakhir yang menerima mesej dan individu pertama mendapat tahu kehilangan Nidza.

Disebabkan Hazmiera juga kata Aufa, mereka sekeluarga bertindak pantas mencari arwah sejak awal pagi Rabu.

“Dia (Hazmiera) tidak jangka langsung dan dia adalah orang terakhir dapat mesej daripada abang (Nidza) dan orang pertama tahu dia hilang.

“Kalau bukan sebab dia, kami sekeluarga pun tak sedar arwah hilang tapi disebabkan teman wanitanya, kami bertindak pantas mencarinya.

“Keadaan dia tidak stabil dan beremosi, dia sekarang ada dengan ibu kami,” katanya kepada mStar.

Aufa berkongsi perkara itu ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam pada pagi Khamis.

Ketika ini, jenazah Allahyarham sedang menjalani prosedur bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam di Shah Alam.

Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan kad debit milik arwah yang hilang dikatakan dijumpai di rumah, Aufa tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya.

Bagaimanapun, Aufa memaklumkan tiga ahli keluarganya iatu bapa, adik dan abang iparnya dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Sekarang soal siasat sedang dilakukan sama ada kejadian ada unsur jenayah atau pun sebaliknya.

“Ayah, adik dan abang ipar dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan.

“Berkenaan kad debit, saya sendiri tidak mempunyai maklumat mengenainya,” katanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan satu mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang adalah Nidza Afham Mokhtar.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.

“Ya. Dipercayai adalah abang penyanyi yang dilaporkan hilang semalam,” katanya ketika dihubungi sebenar tadi.

Sebelum ini, dilaporkan kehilangan Nidza Afham didakwa berkaitan dengan kes samun.

Adiknya, Afrina Hanie Mokhtar berkata, polis mempercayai kehilangan Nidza Afham berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai manakala, kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet milik bekas peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga itu tidak berusik.

Afrina berkata, penemuan dompet dan telefon bimbit Nidza Afham atas Jambatan Sungai Klang juga berada dalam keadaan pelik.

 

Pada Rabu, Aufa berkongsi berita kehilangan Nidza yang memohon orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat dalam usaha menjejakinya.

Bagaimanapun tidak sampai 24 jam pencarian, mayat Nidza ditemukan sekitar pukul 7 petang kira-kira satu kilometer dari lokasinya dilaporkan hilang di jambatan Sungai Klang.

Penemuan itu turut disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan selain pengecaman mayat dibuat oleh ahli keluarga berdasarkan wajah dan baju jersi dipakai.

penyanyi Nidza Afham ditemukan dalam keadaan tubuh badannya sudah menggelembung disebabkan sudah beberapa jam berada di dalam Sungai Klang, Selangor iaitu lokasi Allahyarham ditemukan.

Abang ipar Allahyarham, Muhammad Effrie Amron memberitahu dia membuat pengecaman ditempat kejadian berdasarkan wajah dan baju dipakai Nidza.

“Saya yang buat pengecaman jenazah malam semalam.

“Kita kena tengok betul-betul, saya lihat muka dan saya kenal baju yang dia (Nidza) pakai.

“Badan arwah sedikit menggelembung disebabkan sudah beberapa jam dalam sungai,” katanya kepada mStar.

Effrie berkongsi perkara itu ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Shah Alam pada pagi Khamis.

Dalam pada itu, kakak sulung kepada arwah iaitu Irfahanie Mokhtar berharap keputusan bedah siasat dapat merungkai punca kematiannya.

“Kita harap yang baik-baik sebab kita tidak tahu keadaan jenazah dalam keadaan macam mana, ada kecederaan atau sebaliknya.

“Saya harap yang baik- baik sahaja,” katanya.

Sementara itu, jenazah Nidza akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Puncak Alam, Shah Alam.

Sebelum ini berita kehilangan Nidza dikongsi sendiri oleh adiknya yang juga penyanyi Aufahanie yang memohon bantuan orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat berkaitan kehilangan

Nidza yang berusia 23 tahun juga merupakan seorang penyanyi dan pernah tampil dalam sebuah program realiti bersama Aufa.

Namun tidak sampai 24 jam pencarian, Allahyarham ditemukan sekitar pukul 7 malam kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.

Penemuan arwah itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memberitahu mayat lelaki ditemukan di sekitar jambatan Sungai Klang adalah Nidza.

ufahanie memohon orang ramai tidak berkongsi foto Allahyarham abangnya iaitu Nidza Afham selepas jasadnya ditemukan tidak bernyawa di Sungai Klang pada malam Rabu.

Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 21, berharap mana-mana pihak yang berkongsi foto tersebut dapat memadam perkongsian dibuat bagi menjaga perasaan pihak keluarganya.

“Tolong, tolong jangan kongsi gambar arwah abang saya yang ditemui ke media sosial anda.

“Sila padam, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” katanya.

Aufahanie berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Aufahanie memaklumkan kehilangan Nidza meninggalkan kesan mendalam buat penyanyi berkenaan.

Kata Aufahanie, dia juga tidak dapat melelapkan mata selepas mendapat berita kehilangan Nidza.

Pada pagi Rabu, Aufahanie berkongsi berita kehilangan Nidza dan memohon bantuan orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat berkaitan kehilangan abangnya itu.

Nidza yang berusia 23 tahun juga merupakan seorang penyanyi dan pernah tampil dalam sebuah program realiti bersama Aufa.

Namun tidak sampai 24 jam pencarian, Allahyarham ditemukan sekitar pukul 7 malam kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.