Jenzah Pak Lah dibawa ke Masjid Negara 11 pagi esok

Jenazah Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dibawa ke Masjid Negara pada jam 11 pagi pada Selasa dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan, kata Khairy Jamaluddin.

video sumber awani:

“Jenazah Pak Lah akan dibawa ke ke Masjid Negara pada jam 11 pagi hingga 1.30 petang esok untuk penghormatan terakhir dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara esok,” katanya ketika sidang media ringkas di Institut Jantung Negara (IJN), sebentar tadi.

Mengulas lanjut, orang ramai yang ingin memberi penghormatan terkahir juga dibenarkan untuk hadir ke Masjid Negara termasuk yang bukan Muslim.

Terdahulu, ambulans yang membawa jenazah Allahyarham dilihat mula meninggalkan pekarangan IJN dan dalam pergerakan untuk menuju ke kediamannya.

Difahamkan, beberapa individu termasuk kawalan pihak polis telah mula ditempatkan di perkarangan kediaman bekas Perdana Menteri kelima itu.

Berita pemergian Allahyarham sebelum itu, dikongsikan Khairy menerusi hantaran di Instagram Story.

Tun Abdullah dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun jam 7.10 malam tadi di IJN.

Sumber : Tv3

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts