video CCTV penjen4yah pecah masuk kediaman sebelum ditembak m4ti jd viral di sepang

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan empat penyamun memasuki sebuah rumah di Desa Vista, di Sepang sebelum tiga daripada mereka ditembak mati awal pagi tadi tular hari ini.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, suspek seorang demi seorang dikesan memasuki satu unit kediaman menerusi pagar belakang kediaman jam 1.41 pagi.

Bagaimanapun, keempat-empat mereka melarikan diri apabila sistem penggera keselamatan rumah itu berbunyi selepas hampir satu minit berada dalam kediaman berkenaan.

Kesemua suspek dirakam melarikan diri melalui pintu pagar sama sebelum tiga daripada mereka bersembunyi di kawasan atas bukit hutan berhampiran.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fadil Marsus, berkata tiga penjenayah warga asing yang aktif dalam 17 siri kejadian samun dan pecah rumah ditembak mati selepas menyerang pasukan polis yang cuba memberkas mereka, tidak lama selepas memecah masuk kediaman yang dirakam CCTV dari sebuah rumah di Desa Vista.

“Tindakan pantas itu adalah susulan daripada maklumat yang diterima dari mangsa yang juga pemilik rumah yang dipecah masuk yang bertindak segera menghubungi polis selepas melihat kelibat empat lelaki bertopeng dan bersenjata memasuki rumahnya.

Susulan daripada maklumat itu serta berdasarkan petunjuk yang ada pihak polis secara agresif memburu suspek sebelum mengesan mereka di kawasan hutan sebuah rumah air,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, mengesahkan rakaman video yang tular adalah dari CCTV rumah mangsa di Desa Vista.

Sumber : Bharian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts