Susulan kes keropok beracun sehingga mengorbankan dua nyawa Julai lalu, pekebun dikenali sebagai Uzair Shafawi tampil menceritakan situasi daripada pihaknya.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Uzair berkata, keropok berkenaan sebenarnya diletakkan di atas pagar dengan ketinggian 4 kaki setengah.
Menurut pekebun ini, memang tidak logik kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun dapat mengambilnya. Tambahan pula ianya diletakkan di laluan kera di kawasan hutan bukannya di tepi jalan.
Akulah si pekebun yang ditahan tu atas kelalaian mak dan juga penjaga kepada dua mangsa tu (alfatihah). Aku dok dalam 8 ari, buta ja kena dok dalam. Memang naya ja aku kena. Mak dan juga tok kepada mangsa tu masih lagi tak ditahan.
Pekebun ini juga meluahkan rasa kecewa apabila tiada seorang pun wartawan menemuramahnya untuk bertanyakan hal sebenar.
Jelasnya, selepas kejadian itu, dia memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan tidak lari ke mana-mana pun.
Bila ada kematian pertama baru aku ditahan. Pada hari aku ditahan aku berada di kampung rumah mertua aku sebab aku hantaq anak bini aku balik sana.
Aku rasa aku akan ditahan sebab tu lah aku hantar anak bini balik kampung mertua aku. Keluarga mangsa sorang pun tak ditahan lagi. Kena berlaku adil la. Kalau nak tahan, tahan la kedua-dua pihak. Aku dah ditahan. Kenapa mereka masih lagi tak ditahan.
Lebih mengejutkan apabila pekebun ini mendakwa datuk kepada mangsa banyak memutar belit cerita sebenar.
Semua orang pi rumah tok kepada budak-budak tu. Tok dia pulak banyak putaq belit cerita. Kalau ada wartawan atau NGO dan juga adun sini mai rumah aku.
Aku boleh ceritakan perkara sebenar tapi haram sorang pon tak mai rumah aku. Yang mai rumah aku adalah pihak polis ja. Bagi aku pihak polis memang terbaik.
Aku difitnah disebabkan tok kepada mangsa reka cerita bukan-bukan. Kalau ikut kehendak aku, aku nak saman ja tok kepada budak-budak ni.
Pekebun ini juga mendakwa kanak-kanak tersebut telah diabaikan oleh ibu bapa dan penjaga mereka sejak kecil lagi.
Katanya, mereka dibiarkan masuk dan berkeliaran di dalam hutan tanpa pemantauan orang dewasa. Dakwanya, pernah satu ketika kedua-dua mangsa berjalan ke rumahnya dalam keadaan lampin penuh najis dan berkaki ayam.
Boleh datang kampung aku dan tanya orang kampung berdekatan rumah budak-budak tu. Memang depa abai budak-budak tu. Anak yang no dua tu mak dia bukan beranak dekat hospital tapi beranak dalam bilik ayaq. Budak-budak memang terabai dari kecil lagi.
Uzair mendakwa lagi, datuk juga tidak ambil peduli dengan cucu sendiri dan mula ‘play victim’ apabila ditemubual wartawan.
Uzair meminta para wartawan berkunjung ke rumahnya di Kampung Padang Ubi Labu Besar untuk mengetahui perkara sebenar.
Lelaki ini mahu keadilan di mana ibu bapa mangsa juga perlu ditahan di atas kelalaian mereka.
Akulah si pekebun yg ditahan 2…atas kelalaian mak dan juga penjaga kepada dua mangsa 2(alfatihah)..aku dok dalam 8 ari..buta ja kena dok dalam..mmg naya ja aku kena …mak dan juga tok kepada mangsa tu masih lg x ditahan…cerita sebenar nya mcm ney…keropok tu di letakkan di atas pagar yg tinggi nya 4 kaki setengah..x lojik akal utk budak umoq 2 3 tahun utk amik..dan keropok 2 bukan ddk dlm pagaq tepi jalan…tp ddlm pagaq besebelahan hutan area laluan kera dok masuk ke tmpt tanaman pisang yg aku buat…org kg dkt sini pon ada yg buat keropok yg sama dan gantung di pokok…klu budak tu amik di pokok bkn lah yg aku punya…mungkin tuan kebun yg len letak..dkt sini bnyak kebun org…1 lg..selama terjadi kes ney 1 wartawan pon x mai rumah aku…aku ada dkt rumah dan aku x lari kemana pon…semua org p rumah tok kepada budak2 tu..tok dya plk bnyak putaq belit cerita..klu ada wartawan atau ngo2 dan juga adun sini mai rumah aku..aku boleh ceritakan perkara sebenar tp haram sorang pon x mai rumah aku…yg mai rumah aku adalah pihak polis ja..bg aku pihak polis mmg terbaik…aku difitnah disebabkan tok kepada mangsa reka cerita bukan2..klu ikut kehendak aku,aku nk saman ja tok kpda budak2 ney..boleh datang kg aku dan tnya org kg bedekatan rumah budak2 tu…mmg depa abai budak2 tu…anak yg no dua tu mak dya bukan beranak dkt hospital..tp beranak dalam bilik ayaq…budak2 mmg terabai dari kecik lg..boleh tnya org kg sini..dibiaq masuk dlm hutan berkeliaran dlm hutan..didalm hutan dan semak disini bnyak ulaq berbisa..pernah dulu budak dua org tu berjalan smpai rumah aku dgn dlm pampers penuh dgn tait…budak2 tu berjalan dgn kasut x pkai..klu x caya boleh tnya org kg sini…tok dya lg la,mmg x amik taw lgsung tntng budak2 tu…bila dh jd kes mcm ney tok dya nk play victim..kebanyakan wartawan tanya tok dya..tok dya bnyak mnjawab tipu ja..klu sapa nk taw perkara sebenar nya mcm mna boleh dtang ke rumah aku di kg padang ubi labu besaq..dan aku tunjukkan perkara sebenar terjadi..jarak rumah aku dan rumah depa 2 hnya 100 meter ja…mcm mana budak umoq 2 3 tahun boleh dibiaq berjalan ddlam kawasan hutan dan semak sejauh 100 meter..klu diikutkan budak umoq 2 tahun baru boleh berjalan dan dok mnum susu ibu lg…sbb tu di makhamah aku kata dkt wrtawan..WARTAWAN JGN PUTAQ BELIT FAKTA,CARITA BENDA BETUL..org ckp aku lari..sedang kan aku x lari…boleh tnya pihak polis..aku bg kerjasama penuh kepada pihak polis..kejadian berlaku ari ahad..2 ari aku tnya kpda polis aku nk kena tahan ka…tp polis kata x..bila ada kematian pertama baru aku ditahan..pada ari aku ditahan aku berada di kg rumah mertua aku..sbb aku hantaq anak bini aku balik sana..sbb aku rasa aku akan ditahan sbb tu lah aku antaq ank bini balik kg mertua aku…keluarga mangsa sorang pon x ditahan lg..kena berlaku adil la..klu nk tahan..tahan la kedua2 pihak…aku dah ditahan..kenapa mereka masih lg x ditahan…sapa yg kata kenapa x infom pihak perhiltan sbb masalah kera ney..aku dh infom pihak perhilatan dari tahun 2021 lg tp x da action…bila jd kes mcm ney..hbs semua agensi turun…sangkaq kera pon aku ad buat..tp dkt sini dok ada 100 hingga 200 ekoq kera…para2 pekebun tahu la mcm mna nk hadap kera ney..aku plk hnya dpt sumber pendapatan hnya dari hasil kebun saja…ada org ckp jgn bunuh haiwan seperti kera atau monyet ney..nnti dpt karma la apa lah..habaq kt org mcm tu..nyamuk mai gigit ag jgn tmpaq..nyamuk ada dlm rumah jgn semboq racun nyamuk..sbb nyamuk pon binatang…lalat mai hinggap dalam pingan ka mangkuk ka jgn halau..kongsi la darah dgn nyamuk tu..kongsi la makanan tu dgn lalat…binatang bila dh mendatangkan kemudarat diharuskan kita utk mmbunuh…buta2 ja kena p dok dalam 8 ari…bnyak lg nk aku cerita kan..ini adlah fakta sebenar…
Ari ney baru aku tergerak hati nk post video ney walaupun dh sebulan berlalu..terlalu bnyak bnda x betui org dok bercerita…dan aku berterima kasih kepada nitizen yg backup aku..terima kasih kalian semua..
Pembetulan..bukan 20 meter tp 20 kaki…
#kes keropok beracun..