Innalillahiwainnailayhirajiun Penyanyi kumpulan trkenal ‘Pergi’ selamanya msa di dlm masjid. yg buat ramai tak sangka ini yg arwh buat saat rebah.

ANGGOTA kumpulan One Nation Emcees iaitu Jojo atau Nur Hasan Balas meninggal dunia pada pagi Ahad dipercayai akibat serangan jantung.

Berita duka itu dikongsi penyanyi Mimy Fly yang memaklumkan sahabatnya itu meninggal dunia selepas rebah di dalam masjid.

“Dia memang pernah mengalami strok beberapa bulan lepas. Saya dapat tahu dia tiba-tiba rebah di masjid ketika perjumpaan kumpulan tabligh.

“Baru tadi saya dapat panggilan daripada isterinya yang berada di Taiping. Saya tidak tahu lagi secara terperinci,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Mimi berkata meskipun sudah lama tidak berjumpa namun mereka masih kerap berhubung malah merancang untuk bertemu dalam masa terdekat.

Tambah Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 39, Jojo seorang sahabat yang baik.

“Dua hari lepas kami baru berhubung dan ada perancangan untuk melakukan bisnes raya bersama.

“Jojo ini baik orangnya, saya dah lama tak jumpa dia. Kami hanya berhubung menerusi panggilan telefon kerana dia menetap di Taiping, Perak,” ujarnya.

Sumber : mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts