Jauh arwah dilarikn smpi ke sna. Lokasi penemuan m4yat Farah jadi perhatian..

Kuala Lumpur: Wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.

“Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

sebagai rekod, rakan kepada wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu buntu apabila masih tiada khabar berita berkenaan kehilangan mangsa.

Rakan mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Amira berkata, pihak polis masih giat menjalankan operasi mencari wanita bernama Nur Farah Kartini Abdullah, 25, berasal dari Miri, Sarawak itu.

“Setakat ini tiada lagi (perkembangan). Saya ada berhubung dengan ibunya, tapi buat masa kini dia belum bercadang untuk ke Semenanjung. Mereka hanya dapatkan perkembangan terkini dari sana (Miri), ” katanya kepada Majoriti.

Menurut Amira, mangsa bekerja di bahagian pemasaran sebuah syarikat percetakan di Tanjung Malim, namun dalam masa sama turut membuat kerja sambilan di syarikat penyewaan kereta.

Wanita tersebut juga dilaporkan hilang dipercayai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di sekitar kawasan Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak pada Rabu.

Amira pada awalnya turut berkongsi gambar dan maklumat mengenai kehilangan mangsa di media sosial, bagaimanapun atas nasihat orang ramai, dia kemudian membuat laporan mengenai perkara tersebut di Balai Polis Ulu Bernam.

Bagaimanapun jelasnya, pihak polis masih belum mempunyai maklumat terkini tentang keberadaan mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita yang bernama Nur Farah pada pukul 1.56 pagi Khamis lalu.

Beliau berkata, Nur Farah berketinggian kira-kira 163 sentimeter (cm), berat badan 58 kilogram (kg), berbadan sederhana dan mempunyai tahi lalat di bawah mata kiri.

Beliau juga memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nur Farah dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.