“Komposer terkenal Harun Ahmad disahkn meninggal dlm tidur..”- Isteri dedah keadaan terkini arwah..

Komposer lagu Jesnita nyanyian Exists, Harun Ahmad meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Skudai, Johor kira-kira jam 5 petang, hari ini.

Perkara ini disahkan oleh anak saudaranya yang juga bekas penyampai Radio Era dan Sinar FM, Najman Mohamed.

“Isterinya balik dari kedai dan mendapati arwah terbaring di atas katil dalam keadaan tidak bernyawa. Semalam pula adalah hari ulang tahun kelahirannya yang ke 55.

“Dia dah beberapa hari demam dan mungkin ada beberapa penyakit lain,” katanya.

Najman berkata, Harun adalah adik kedua terakhir kepada Allahyarham  ibunya daripada 13 adik-beradik.

Allahyarham meninggalkan isteri, Masnizah Mohyi, 50; dan tiga anak iaitu Fatin Nurhaziqah, 26; Fatin Nurhidayah, 23; dan Muhamad Farish Hakimi, 20.

Semasa hayatnya, Harun dikenali sebagai komposer yang berbakat besar. Namanya melonjak naik menerusi lagu Jesnita nyanyian kumpulan Exists.

Selain Jesnita, Harun turut mencipta dua lagi lagu popular Exists iaitu Langkah Seiringan dan Janji Padamu.

Lagu lain ciptaannya ialah Hadirlah Mustika nyanyian kumpulan Spin, Bicara Kasih (Elly Mazlein), Satu Kenangan (Kristal), Lafaz Cinta (Khai) dan Alya Mysara (Mamat).

Sementara itu, kumpulan Exists menetusi Facebook mereka melahirkan kesedihan terhadap pemergian Harun.

“Telah kembali ke rahmatullah abang Harun Bin Ahmad pencipta lagu Langkah Seiringan, Janji Padamu  & Jesnita petang tadi di Taman Teratai Skudai ,Johor Bahru.

“Esok jasadnya akan dikebumikan di kampung halamannya Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor.

“Mari sedekahkan Al Fatihah buat arwah. Semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yang beriman,” tulis mereka.

 

BAIK Mamat, Ezad mahupun Joey, semuanya berjasa menaikkan nama kumpulan Exists di mata peminat.

Gandingan mereka bersama Along (gitar), Musa (bass), Ajai (keyboard) dan Ujang (dram) adalah senjata ampuh yang mencipta kegemilangan Exists pada awal era 90-an hingga awal 2000.

Selepas itu, anggota Exists membawa haluan masing-masing sehinggalah mereka kembali dipertemukan pada Anugerah Meletop 2019 April lalu.

Sambutan positif dan hebat peminat dipanjangkan pula dengan penampilan reunion kedua menerusi Konsert Minggu Ini Bersama Exists, Sabtu lalu.

Memang luar dugaan sambutannya apabila Auditorium Perdana, Angkasapuri diserbu peminat untuk mendapatkan tempat duduk yang selesa bagi menyaksikan persembahan yang turut disiarkan secara langsung di TV2.

Sejajar dengan kematangan usia, Exists yang mencipta fenomena sebagai kumpulan remaja popular pada 1991, menampilkan konsep persembahan yang santai dan memilih membuka pentas dengan lagu gandingan tiga penyanyi mereka iaitu Mamat, Ezad dan Joey menerusi lagu Sebelum Terlewat.

Suasana gegak gempita ketika itu dengan sorakan dan jeritan peminat.

Ezad kemudian meneruskan persembahan dengan lagu popular Jesnita, Percayakan Siti dan Mama Tolonglah Percaya.

Penonton sudah ‘panas enjin’ dan membuktikan mereka adalah peminat setia Exists apabila turut menyanyi bersama Ezad.

Tidak dinafikan vokal Ezad memang padu dan mantap sekali gus menjadikan persembahannya menarik.

Tidak keterlaluan dikatakan kemasukannya menggantikan Mamat pada 1995 berjaya meneruskan populariti Exists di pentas seni negara.

Persembahan seterusnya menampilkan Joey menyampaikan lagu Aku Denganmu. Joey juga mempunyai keistimewaan tersendiri sehingga menjadi pilihan Exists sebagai penyanyi mereka.

Penyanyi Black Hanifah ditampilkan sebagai penyanyi undangan dengan memilih menyampaikan lagu Ceritera Hidup dan Teman Pengganti.

Exists kembali menguasai pentas selepas itu dengan mengimbau kenangan bersama Mamat pula.

Dia menyampaikan lagu Janji Padamu, Anugerah dan Rahsia Pohon Cemara.

Kemunculan Mamat dirindui peminat dan tanpa dipaksa, mereka sama-sama menyanyikannya sehingga selesai.

Selepas itu, persembahan Exists bertukar ganti apabila menampilkan Ezad menerusi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar dan Mamat menerusi lagu Untukmu Ibu.

Biarpun peminat belum cukup puas, konsert perlu ditamatkan dan Exists memilih lagu Alasanmu sebagai lagu terakhir yang menggandingkan Mamat, Ezad dan Joey.

Usaha RTM yang memberikan peluang kepada kumpulan senior sebegini wajar dipuji.

Banyak ilmu dan pengalaman yang ada pada anggota Exists diperlihatkan mereka dalam persembahan ini.

Bahkan populariti Exists berjaya membuatkan program ini menjadi trending pada malam itu.

Anggota Exists, Musa yang ditemui menzahirkan perasan gembira kerana diberi peluang mengadakan konsert.

“Ini kali pertama Exists tampil dengan semua anggota dan ia sesuatu yang istimewa.

“Ia bukan perkara yang mudah untuk dibuat. Untuk menjayakannya, ada antara kami kena beralah, kena padam semua sengketa dan perasaan kurang senang terhadap yang lain.

‘Kami jadikan kekurangan ini satu kelebihan. Jika kami ada masalah dengan satu individu, kami minta pihak ketiga bantu dan ia menjadi,” katanya.

Musa berterima kasih kepada semua anggota Exists terutama Ajai yang memainkan penting dalam konsert ini.

“Bagi saya Ajai penggerak utama, manakala saya, Along dan Ujang banyak mendengar.

“Dia banyak aktiviti sendiri tapi tetap meluangkan masa untuk kami.

“Selepas ini kami akan mengadakan Konsert Exists Reunion pada 28 September di Stadium Malawati, Shah Alam dan Singapura pada 5 Oktober. Skalanya lebih besar dan diharapkan peminat dapat memberikan sokongan padu,” katanya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts