lstri dicamp4k keluar van ditgh lebuhraya, Suami mngaku brlaku pertengkaran Rupanya ini plot twist yg brlaku

Tak ubah seperti adegan filem jenayah. Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian seorang wanita tercampak keluar dari van di atas Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menghala ke Petaling Jaya.

Menurut keterangan beberapa saksi, wanita itu dikatakan masih hidup selepas tergolek dan sempat meminta bantuan pernafasan. Orang ramai segera memberikan bantuan termasuklah menghubungi pihak berkuasa.

Malangnya setelah pihak medik tiba di lokasi kejadian, wanita yang berasal dari Perak itu disahkan menghembuskan nafas terakhir.

Selepas mencampakkan wanita tersebut, pemandu van dipercayai memecut laju dan melarikan diri dari situ. Di sekitar tubuh badan wanita berkenaan, turut ditemukan beberapa kesan lebam.

Kejadian ini disiasat mengikut Seksyen 304A
Kanun Keseksaan

Siapa sangka, rupanya pelaku yang membuat semua ini adalah suaminya sendiri. Bertempat di Taman Kinrasa, Puching, lelaki berusia 50 tahun itu telah ditahan oleh pihak polis pada hari sama kejadian berlaku.

Berdasarkan keterangan yang diberikan, lelaki ini berkata dia dan isteri telah mengalami pertengkaran ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. la akhirnya menjurus kepada kejadian campak terbabit.

Suspek positif barang terlarang & ada rekod jenayah lampau

Berdasarkan ujian saringan air kencing, suspek disahkan positif tiga jenis ‘bahan terlarang’.

Malah, semakan lanjut mendapati dia turut mempunyai rekod jenayah lampau, termasuk dua berkaitan jenayah narkotik. Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga selama 20 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber : Kisah dunia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts