Punca Utama Kem@tian Prebet Muhammad Muqriz di Serawak sudah diketahui,rupanya…

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Punca kematian Prebet Muhammad Muqriz Aseri daripada Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri, Sarawak Isnin lepas adalah akibat trauma tumpul pada dada.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan hari ini yang mengesahkan telah menerima laporan insiden kematian anggotanya itu memaklumkan trauma tumpul pada dada merujuk kepada hentakan kuat di bahagian badan berkenaan menyebabkan kerosakan pada jantung.

Menurut kenyataan itu, punca kematian Muhammad Muqriz, yang berusia 21 tahun, adalah berdasarkan laporan awal hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Miri semalam.

TDM juga memaklumkan siasatan awal yang dilaksanakan oleh pasukan berkenaan mendapati wujud unsur ‘manhandling’ yang dipercayai penyebab kematian Allahyarham.

“Justeru, TDM telah menyerahkan kes ini kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut dan turut menubuhkan Lembaga Siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca serta faktor yang menyumbang kepada insiden ini,” menurut kenyataan itu.

TDM turut memaklumkan jenazah Muhammad Muqriz telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Islamiah, Petaling Jaya pada 11.55 malam tadi.

Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dalam kenyataan sama memaklumkan TDM akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil serta tidak berkompromi terhadap anggota yang didapati bersalah.

TDM juga berharap orang ramai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“PTD turut berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka bertabah dengan kehilangan ini,” menurut kenyataan itu.

Bercerita lanjut, pembantu koordinator sebuah hospital swasta itu berkata, Allahyarham Muhammad Muqriz sempat pulang bercuti selama 10 hari dan berpuasa bersama keluarga, sekali gus mengakui ia menjadi kenangan terakhir mereka bersama.

“Angah baru saja pulang bercuti dan kami menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabtu lalu, untuk pulang ke Sarawak dan tak sangka dua hari selepas itu kami dapat berita menyedihkan bahawa anak sudah meninggal dunia.

“Sepanjang 10 hari itu, kami cipta memori bersama. Arwah akan mengajak kami ke bazar Ramadan serta beli macam-macam makanan yang diinginkan.

“Arwah juga sempat minta adiknya masakan ikan keli berlado dan kek cheesekut serta berbuka puasa dengan opahnya. Kami juga sempat mengambil gambar raya bersama kerana arwah tidak dapat pulang beraya tahun ini,” katanya, memberitahu anaknya menyertai ATM pada Disember 2023.

Katanya, Allahyarham Muhammad Muqriz yang juga anak kedua daripada empat beradik sangat rapat dan manja dengannya serta menyifatkan anaknya seorang yang baik, mendengar kata, disenangi ramai, dan tidak mahu membimbangkan hatinya.

“Biarpun sedih kehilangan anak terutama ketika menjelang Aidilfitri, saya reda dengan takdir ini, cuma sebagai ibu saya terkilan dengan cara pemergiannya.

“Saya hantar anak saya dalam keadaan sihat ketika itu, tetapi kenapa jadi begini?” katanya, berharap kejadian sama tidak berulang kepada orang lain.

Sementara itu, bapanya, Aseri Ismail, 49, berkata dia dan isteri menyerahkan kepada polis dan ATM untuk menjalankan siasatan sepenuhnya dan secara terperinci. Namun, dia berharap kematian anak keduanya itu mendapat pembelaan sewajarnya.

“Angah menyertai ATM atas kemahuan sendiri dan saya tidak pernah menyesal memberi keizinan kepadanya, malah berbangga anak saya berkhidmat untuk negara, tetapi terkilan dengan cara pemergiannya,” katanya.

Jenazah Muhammad Muqriz diterbangkan ke Kuala Lumpur semalam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Islamiah, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, jam 11.55 malam tadi.

Sumber : bernama

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts