Jenazah pelakon veteran, Allahyarhan Lan Zailan atau nama sebenarnya Zailan Kamarudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 kira-kira jam 11.25 pagi.
Majlis pengebumian berjalan lancar
Majlis pengebumian itu berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 300 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara, rakan selebriti dan peminat.
Antara rakan artis yang hadir ialah Ellie Suriaty, Datuk Fizz Fairuz, Sheila Mambo, Riezman Khuzaimi dan Ijam Medicine.
Terdahulu, jenazah arwah Lan Zailan telah dimandikan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disolatkan di Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Allahyarham Lan Zailan menghembuskan nafas terakhir di PPUM pada jam 4.24 pagi Khamis.
Sebelumnya, Lan dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak Ahad selepas keadaan kesihatannya kurang stabil.
Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan sejak 27 November sebelum dibenarkan pulang pada Sabtu.
PELAKON Allahyarham Lan Zailan masih menunjukkan semangat yang kuat meskipun berada dalam keadaan uzur dan tidak bermaya.
Malah isterinya iaitu Ruby Sara Omar, 51, berkata ramai rakan artis yang berkesempatan menziarahi Lan selepas menerima perkhabaran arwah sedang kritikal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Selepas doktor beritahu dia kritikal, ramai yang datang ziarah. Dia juga dapat bilik khas dan dibenarkan ziarah tanpa mengikut waktu melawat.
“Ramai rakan-rakan artis yang hadir. Dia masih boleh berkomunikasi walau lemah. Ramai yang sayang dia.
“Dia juga sempat berbual dengan pelakon Ebby Yus menerusi panggilan video,” katanya kepada mStar.
Antara rakan artis yang menziarahinya adalah Sheila Mambo, Shahrifah Shahirah, Liza Abdullah, Anne Abdullah dan ramai lagi.
Allahyarham Lan atau Zailan Kamaruddin, 66, menghembuskan nafas terakhir di PPUM akibat kanser pankreas tahap empat kira-kira pukul 4.21 pagi, Khamis.
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid As Salam Puchong Perdana, Selangor dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya pada pukul 11.25 pagi.
Dalam pada itu, Ruby memberitahu arwah suaminya sempat bertemu anak-anak dan meninggalkan pesanan sebelum meninggal dunia.
“Anak-anak sempat berkumpul. Anak lelaki dari Muar, Johor juga sempat sampai. Dia banyak bercakap dengan anak-anaknya.
“Dia tinggalkan pesan supaya sentiasa menjaga antara satu sama lain.
“Sebenarnya arwah pelik juga apabila ramai datang dan berkumpul. Dia masih boleh bercakap dengan orang yang datang walau tidak banyak,” ujarnya.
Arwah sebelum ini disahkan menghidap pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan sejak 27 November sebelum dibenarkan pulang pada Sabtu.
Ruby berkahwin dengan Lan pada 2020.
Allahyarham memiliki lima cahaya mata hasil perkahwinannya bersama arwah isterinya iaitu Hasnah Mohd Taib.
sebagai rekod, KEADAAN pelakon Lan Zailan dilaporkan kritikal selepas kembali dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Ahad lalu.
Berkongsi perkara tersebut, isteri kepada Lan iaitu Ruby Sara Omar memberitahu pihak keluarga juga sudah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini itu dan diminta untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.
“Bacaan oksigen abang Lan okey tapi keadaan dia agak teruk. Doktor kata tak boleh ikut pada bacaan itu sahaja, kena ikut pada kemampuan dia juga
“Doktor suruh panggil semua ahli keluarga dan anak-anak. Dia dipindahkan ke wad untuk mudahkan kami berkumpul.
“Maknanya doktor dah suruh saya bersedia terima kenyataan. Begitulah lebih kurang,” katanya.
Lan Zailan, 66, sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan di PPUM sejak 27 November.
Dia dibenarkan pulang pada Sabtu lalu sebelum kembali ke hospital disebabkan keadaan kurang stabil.
Dalam nada sedih, Ruby mengharapkan agar suaminya itu terus kuat melawan penyakit.
“Virus kanser aktif masuk ke paru-paru sebelah kirinya, bermakna sebarang kebarangkalian akan berlaku.
“Moga ada keajaiban untuk abang Lan. Saya minta peminat doakan yang terbaik buatnya, ada keajaiban dan dia terus kuat,” ujarnya.
Ruby turut memaklumkan Lan kini dalam keadaan sedar namun diberi ubat dos tinggi agar boleh berehat dan tidak menghiraukan keadaan di sekeliling.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.