Wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.
Mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.
“Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.
Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.
“Saya sedang tunggu pengesahan jika benar itu dia (Nur Farah Kartini),” kata penyelia wanita mengenai penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 yang dipercayai dibunuh selepas dilaporkan hilang Rabu lalu.
Wanita yang enggan dikenali itu berkata, setakat ini dia tidak menerima sebarang maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan.
“Saya dimaklumkan abang kepada Nur Farah Kartini dalam perjalanan ke lokasi (penemuan mayat),” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan, mayat Nur Farah Kartini ditemukan pada 6 petang, hari ini di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.
Susulan penemuan mayat berkenaan polis menahan penjawat awam bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan susulan penemuan mayat wanita berkenaan
“Pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.
“Susulan penemuan mayat berkenaan polis menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sebelum ini, portal ini melaporkan polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.
Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.
Polis menahan penjawat awam bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan susulan penemuan mayat wanita di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada 6 petang hari ini.
“Pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.
“Susulan penemuan mayat berkenaan polis menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, tadi.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Sebelum ini, portal ini melaporkan polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.
komen netizen:
“Arwah snggup tingglkn keluarga demi cari rezeki, tk sangka si pelaku snggup lakukan ini..
“Dia cari duit sara kluarga di kmpung, harap pelaku cepat dihukum bnuh
Sumber: Metro
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.