PELAKON veteran Roslan Saleh dilaporkan meninggal dunia pada pagi Jumaat.
Roslan atau Roslan Saleh yang kini berada di Melaka menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun.
Berita sedih itu dikongsikan oleh anak perempuannya iaitu Farahanis Roslan
“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi,” katanya.
Farahanis berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Facebook,
mStar juga sedang berusaha mendapatkan maklumat mengenai pemergian pelakon ini.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah untuk pengurusan dan dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati atas pemergian berkenaan dan mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Salam takziah buat Farahanis Roslan sekeluarga.
“Semoga dipermudahkan segala uruskan dan Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Selamat jalan Roslan, semoga di tempatkan di syurga Firdausi,” tulis netizen.
Untuk rekod, sebelum ini Allahyarham mengalami penyakit diabetes sejak tiga tahun lalu.
Malah kerana penyakit berkenaan arwah tidak dapat melihat dan sukar menguruskan diri sendiri.
sebagai rekod, Roslan Saleh terlantar buat ramai bimbang, isteri kata sudah 2 tahun begitu – “Bukan seperti orang sangkakan”
KEADAAN kesihatan pelakon veteran Roslan Saleh tidak banyak perubahan selepas terlantar akibat penyakit diabetes kronik sejak dua tahun lalu.
Isteri Roslan iaitu Zainun Majid, 55, menjelaskan perkhabaran mengatakan aktor itu semakin uzur bukan seperti digambarkan sehingga ramai mula berasa bimbang dengan keadaan suaminya.
Jelasnya, Roslan atau mesra disapa Pak Lan tidak banyak berubah dan masih memerlukan bantuan menguruskan diri memandangkan sudah tidak boleh melihat dan berjalan.
“Sama sahaja keadaan dia sejak dua tahun lalu. Memang tak boleh melihat dan berjalan.
“Dia hanya terbaring sahaja di atas katil. Dalam video tersebut nampak keadaan dia begitu mungkin kebetulan orang itu datang ketika dia baru bangun tidur.
“Keadaan dia bukan seperti ramai sangkakan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.
Dalam pada itu, Zainun memberitahu walaupun Roslan tidak sihat namun pelakon itu sentiasa bersikap positif dan ceria.
Malah ketika ditemu bual, Zainun sempat menghulurkan telefon kepada suaminya dan meminta wartawan mStar bercakap sendiri dengannya.
Dalam nada agak lemah, Roslan bagaimanapun tetap kedengaran positif dan reda dengan ketentuan Allah mengenai keadaannya.
“Beginilah keadaan saya… Mata tak nampak, kaki tak boleh jalan malah anggota badan pun sudah tak kuat.
“Saya reda dengan apa Allah berikan kepada saya ini,” katanya.
Sementara itu, Zainun memberitahu Roslan masih mengikuti perkembangan semasa menerusi laporan berita di televisyen atau YouTube.
“Setiap hari dia akan mendengar berita menerusi video di YouTube. Itu sahajalah aktiviti hariannya.
“Dalam keadaan sekarang, bab pemakanan memang kena jaga. Ada ketikanya dia muntah kalau salah makan.
“Giginya juga sudah banyak patah akibat kencing manis, jadi kebiasaannya suami akan makan juadah lembut,” ujarnya.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.