Sempat gad4i gelang emas brnilai rm30k, Tak cukup dgn itu pekerja kedai gad4i turut diTah4n. Rupanya Ini barang yg ditemui brsama

KUANTAN – Polis mengesahkan suspek kes bunuh peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37, telah menggadaikan gelang emas milik mangsa di sebuah pajak gadai di Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati motif utama pembunuhan adalah samun dan suspek mengambil barang kemas sebelum melarikan diri.

Menurut Wan Mohd Zahari, beliau juga tidak menolak kemungkinan gelang yang digadai bernilai sekitar RM30,000.

“Kita turut merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen bagi membantu siasatan. “Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti jumlah sebenar barang kemas yang telah digadai,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut beliau, proses merakam keterangan daripada suspek dan beberapa saksi utama bermula pada Ahad.

“Semalam (Sabtu), suspek baru direman dan hari ini kita akan memulakan proses siasatan lanjut.

“Selepas semua prosedur selesai, kenyataan terperinci mengenai kes ini akan diumumkan,” katanya.

Suspek berusia 53 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembusu, Gong Badak, Kuala Terengganu, kira-kira jam 5.30 pagi pada Sabtu.

Seorang pekerja kedai pajak gadai yang dipercayai membeli gelang emas milik peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37, yang ditemukan mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nor Izzati Zakaria bermula Ahad hingga 22 Februari ini.

“Kita tahan suspek kira-kira jam 10.30 pagi pada Sabtu di sebuah kedai pajak gadai di bandar Kuala Terengganu.

“Lelaki dipercayai membeli gelang emas milik mangsa daripada suspek utama kes itu yang kini disiasat,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Majistret Nor Izzati Zakaria membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula Sabtu hingga 21 Februari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, mayat Norshamira ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Februari lalu dan siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Mangsa yang menguruskan urus niaga hantaran tunai (COD) makanan dikatakan keluar rumah untuk menghantar sambal ikan bilis garing kepada pelanggan yang juga suspek kes pembunuhan kejam tersebut.

Hentakan objek tumpul, lemas punca kematian Norshamira

Polis mengesahkan suspek kes bunuh peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37, telah menggadalkan gelang emas milik mangsa di sebuah pajak gadai di Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati motif utama pembunuhan adalah samun dan suspek mengambil barang kemas sebelum melarikan diri.

Menurut Wan Mohd Zahari, beliau juga tidak menolak kemungkinan gelang yang digadai bernilai sekitar RM30,000.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, suspek kes bunuh Norshamira direman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu turut dilapor berkata, hentakan di kepala oleh objek tumpul dan lemas dipercayai punca kematian peniaga yang ditemukan maut di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis.

Suami mangsa, Muhammad Afiq Akmal Nudin, 31, tidak menyangka suspek yang peramah dan kelihatan baik sanggup membunuh isterinya.

Sumber : sinar harian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts