“Jln tu snyi dn mmg slalu..”- Saksi prtma trjumpa dedah situasi ktika trnmpk m4yat Farah dlm kolam.

Suasana kampung gempar selepas dikejutkan penemuan mayat seorang wanita di ladang sawit Kampung Sri Keledang, dekat sini, jam 6 petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sri Keledang, Ibrahim Isham Ismail berkata, dia terus ke tempat kejadian selepas dimaklumkan seorang penduduk.

Katanya, dia sungguh terkejut penemuan mayat wanita di ladang berkenaan yang jaraknya kira-kira 700 meter dari Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Keledang.

“Jalan ke lokasi kejadian adalah jalan yang digunakan penduduk kampung jika ada urusan di Behrang dan Tanjung Malim, Perak,” katanya.