Ibu Nidza Afham Pecah Rahsia Dedah Apa Sebenarnya Terjadi.. Kekasih ARW4H Rupa Rupanya…

TANPA bantuan teman wanita Allahyarham Nidza Afham, pihak keluarga berkemungkinan berdepan kesukaran menjejaki keberadaan penyanyi berkenaan yang ditemukan maut pada Rabu lalu.

Ibu arwah iaitu Irni Yusmira Istihat turut memuji tindakan pantas teman wanita anaknya, Hazmiera Amrisya yang berjaya menjejaki lokasi terakhir Nidza menerusi telefonnya.

“Saya berterima kasih kepada Miera. Sebab ketika itu, bateri telefon Afham hanya tinggal 14 peratus.

Video penjelasan Ibu:

“Andai kata lewat, jika telefon sudah tidak dengar nada dering dan tidak dapat kesan lokasinya,” katanya.

Irni berkongsi perkara itu menerusi sesi seaiara langsung di aplikasi TikTok pada Isnin.

Dalam pada itu, Irni menyifatkan pertemuan arwah Nidza bersama Hazmiera sebagai ketentuan Ilahi.

Malah Irni menyifatkan wanita berkenaan sebagai yang mempunyai budi pekerti tinggi.

“Allah takdirkan Afham bertemu dengan Miera, seorang yang sangat baik budi pekertinya.

“Bayangkan kalau tidak, mungkin tidak tahu nak cari di mana lokasi terakhir Afham,” ujarnya.

Untuk rekod, Hazmiera merupakan individu terakhir mengesan lokasi terakhir menerusi telefon arwah sebelum dilaporkan hilang pada malam 13 Ogos lalu.

Miera kemudiannya memaklumkan kehilangan Nidza kepada keluarganya sebelum Berjaya menjejak telefon serta dompet milik arwah di sekitar jambatan Sungai Klang.

Mayat Nidza ditemui di Kawasan berkenaan pada sekitar 7 malam hari Rabu.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, pada Khamis lalu kira-kira 6.45 petang.

Laporan polis menyebut kematian Nidza dikelasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.