“dia tiada rekod pnyakit mental..”- Terjawab, Rupanya ini punca sebenar wanita terlnggar pelajar..

Seorang wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun pada Rabu lepas tidak pernah mendapat rawatan kesihatan mental di Terengganu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong menyatakan berdasarkan semakan dibuat mendapati rawatan kesihatan mental wanita tersebut tidak pernah direkodkan di mana-mana fasiliti kesihatan negeri setakat ini.

“Bagaimanapun, kita tidak pasti sama ada wanita tersebut ada mendapat rawatan mental di negeri lain,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Dr Kasemani turut menasihatkan mana-mana ahli keluarga yang berkemungkinan menghidapi penyakit mental supaya tampil menghantar individu terbabit mendapatkan rawatan lanjut.

“Jangan malu untuk datang mendapatkan rawatan kesihatan mental.

“Malah masyarakat kita perlu ubah persepsi mengenai penyakit mental ini.

“Kita juga seharusnya memberi sokongan kepada mereka untuk mendapat rawatan sewajarnya supaya menjadi lebih baik pada masa hadapan,” jelas beliau.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar UiTM Kampus Dungun, direman empat hari bermula Khamis.

itu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu di sini pada jam 9 pagi Khamis dalam keadaan seperti terpinga-pinga.

Selain itu, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, dalam kejadian pada 7.35 malam itu, tiga pelajar UiTM Kampus Dungun maut manakala seorang lagi rakan mereka parah selepas dua motosikal yang dinaiki mereka dirempuh suspek yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pantai, berhadapan UiTM Dungun.

Wan Rukman berkata, tiga mangsa yang meninggal dunia adalah Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dari Muar, Johor; Ku Adib Ku Azmi, 20, dari Sungai Buloh, Selangor dan Khairil Anwar Jamaludin, 20, dari Ampang, Selangor.

Manakala Muhammad Amar Danish Mohammad Ridhuan, 20, dari Kuala Lumpur cedera di pinggang dan sedang dirawat di Hospital Dungun.

Seorang suri rumah dipercayai mengalami kecelaruan mental yang merempuh dua motosikal sehingga meragut nyawa tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun direman empat hari sehingga Ahad ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 49 tahun itu dibenarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kosmo! Online semalam melaporkan tiga pelajar UiTM Dungun maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kenderaan Honda SUV dipandu suspek.

Mangsa yang maut ialah Khairil Anwar Jamaludin, Ku Adib Aizad Ku Azmi masing-masing berusia 20 tahun manakala Mohd. Akmal Tukirin pula berumur 25 tahun.

Seorang lagi mangsa, Amar Danish Mohd. Ridwan, 20, pula cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

VIDEO:

@sinarharianonline

Wanita disyaki langgar pelajar UiTM direman empat hari Seorang wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun malam semalam, direman empat hari bermula hari ini. Perintah reman hingga Ahad terhadap suspek berusia 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. Muzik: Elevate dari www.bensound.com SinarHarian BeritaSemasa PelajarUITM Dungun Maut

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.