Categories: Isu Terkini

“Saya lebih simpati pada isteri suspek berbnding Farah Kartini..”- Wanita ini tmpil beri penjelasan..

Keluarga kepada suspek pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, menerima seadanya ujian yang sedang melanda mereka sekeluarga.

Bapa suspek berusia 64 tahun, berkata, apa yang salah tetap salah dan anaknya perlu menerima hukuman jika benar dia bersalah meskipun berat untuk mereka sekeluarga menerimanya.

Menurutnya, suspek yang telah empat tahun berkhidmat sebagai anggota polis merupakan seorang anak yang baik dan bertanggungjawab selain menjadi anak harapan keluarga memandangkan dalam adik-beradiknya, dia dan seorang lagi kakaknya yang bekerja dalam kerajaan.

Katanya, suspek yang sedang bercuti sejak Rabu lepas hingga Rabu ini datang ke rumahnya di Sungai Rambai pada Khamis lalu sebelum mendapat panggilan untuk segera pulang ke balai dia bertugas.

“Ketika itu dia tak banyak bercakap dan kelihatan sugul sebelum bergerak pulang.

“Apa pun saya terima seadanya, kalau apa-apa yang terjadi ini kehendak takdir ALLAH, saya percaya pada takdir ALLAH,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai di sini pada Selasa.

Bagaimanapun dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes tersebut.

“Silap anak saya, dia tidak membuat laporan polis bila diugut dan mengambil tindakan sendiri,” katanya sebak.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan pada petang Isnin.

Mangsa didapati hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Perak.

Mayat mangsa yang dipercayai dibunuh individu dikenali ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada 6 petang, sebelum polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun.

VIDEO PENUH PENJELASAN WANITA INI:

Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini pada Selasa.

Lelaki berusia 26 tahun dilihat tiba kira-kira jam 2.30 petang menaiki sebuah kenderaan dengan diiringi tiga kenderaan lain.

Sinar Harian difahamkan, suspek yang memakai baju lokap warna oren diiringi anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Kehadiran suspek berkenaan dipercayai bagi membantu siasatan di lokasi kejadian penemuan mayat Nur Farah Kartini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
admin

Recent Posts

Jumlah undian Aina Abdul jadi perhatian

PENYANYI Aina Abdul diumumkan sebagai penerima trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Paling Popular…

1 week ago

“Pada mlm kjadian tu.. sy ada cuba.. tapi..”- Suami dedah perbuatan isterinya sblm langgar pelajar..

"Saya menangis dan sangat sedih melihat kemalangan itu. Saya mewakili isteri ingin memohon maaf dari…

1 week ago

“Luka seluruh badan..”- Slepas 2 hari, Akhirnya Doktor sahkn ini brlaku dgn mngsa ke-4 dilnggar wanita..

Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan yang cedera dalam kemalangan meragut nyawa tiga rakannya di hadapan…

1 week ago

“dia tiada rekod pnyakit mental..”- Terjawab, Rupanya ini punca sebenar wanita terlnggar pelajar..

Seorang wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM)…

1 week ago

“Madu bantu urus & Solatkn jenazah anak Marissa. lepas dimandikn, Misya riba dipangkuannya.. Tapi…”

NAMA personaliti media sosial Misya Mazlan turut menjadi bualan susulan berita madunya iaitu Marissa Dania kehilangan…

2 months ago

“kami mmg dah tahu pun..”- Riaksi Umisya selepas tahu anak Marissa mniggal jadi perhatian..

PELAKON Abby Abadi tidak tahu menahu mengenai berita mengenai anak perempuannya iaitu Marissa Dania dilaporkan sudah…

2 months ago