“Smbil pegang adik dia..”- Akil Syauqi Sempat tinglkan pesanan trakhir kpd ibunya sblum hmbus nafas..

NANTI dia sorang-sorang selepas abangnya meninggal dunia.”

Demikian kata Nurain Hasnorizal ketika berkongsi cerita mengenai anak bongsunya, Muhammad Luth Syauqi, 2, yang masih koma dan menerima rawatan di unit rawatan rapi kanak-kanak Hospital Pulau Pinang.

Terdahulu, anak sulung Nurain, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, meninggal dunia pada pukul 8.40 pagi Rabu (10 Julai) selepas termakan keropok berbalut racun tikus, dalam kejadian pada Ahad.

“Saya tak boleh tengok keadaan macam ni. Mereka berdua memang rapat. Jika nak pergi mana-mana, kalau adik tak nak ikut, abang akan tarik tangan untuk pergi bersama-sama.

“Sekarang adik masih koma, seksa dia hidup. Kasihan sangat, tetapi saya reda,” katanya dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.

Menurut Nurain, dia masih menunggu jawapan doktor pakar mengenai keadaan anak keduanya itu.

Bercerita lanjut mengenai arwah anak sulungnya, Nurain, 25, berkata, Muhammad Akil merupakan seorang anak yang manja dan penyayang.

“Perubahan ketara itu, tak ada tetapi dia memang manja.

“Sebelum ini kalau saya nak pergi kerja, dia akan nangis, tapi kali ini dia tak menangis, dia lambai sahaja. Dia cakap ‘bye bye’ sambil pegang adik dia,” katanya.

Difahamkan, jenazah Muhammad Akil akan dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim untuk disemadikan.

Dalam kejadian pada Ahad, dua kanak-kanak itu muntah di rumah sebelum ibu mereka membawa ke Klinik Kesihatan Malau dan kemudian ke Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati dua beradik itu dipercayai mengambil paket keropok yang tergantung di dawai besi pagar kebun milik jiran yang mengandungi racun bagi tujuan memerangkap monyet.

LULUH hati seorang ibu apabila salah seorang daripada dua anaknya yang termakan keropok disyaki mengandungi racun tikus, meninggal dunia pada pagi Rabu.

Mangsa, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian yang berusia tiga tahun menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi.

Khabar duka itu disahkan oleh ibunya, Nurain Hasnorizal, 25.

“Abang (Muhammad Akil Syauqi) sudah tiada (meninggal dunia) ketika terima rawatan.

“Urusan bedah siasat akan dijalankan dan jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim bagi disemadikan,” katanya dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Terdahulu, dilaporkan Muhammad Akil dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, kritikal selepas termakan keropok didakwa dicampur racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim di Kedah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu disedari ibu mangsa yang melihat anaknya muntah di rumah sebelum membawa mereka ke Klinik Kesihatan Malau dan kemudian ke Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati dua beradik itu dipercayai mengambil paket keropok segera tergantung di dawai besi pagar kebun itu yang mengandungi racun bagi tujuan memerangkap monyet.

Menurut Azizul, kedua-dua beradik yang berada dalam keadaan kritikal kemudian dirujuk ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.